Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pesawat terhempas di brazil
Gambar: AFP

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Orang Terkorban

Azizah Najib

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Orang Terkorban

Sao Paulo, Brazil — Sebuah kapal terbang yang membawa 57 orang penumpang bersama empat orang kru terhempas di Sao Paulo, pada Jumaat.

Tragedi itu menyaksikan kesemua kru dan penumpang maut, lapor AFP.

Pesawat ATR 72-500 milik syarikat penerbangan Voepass Linhas Aéreas itu terhempas di Vinhedo ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gaurulhos-Sao Paulo dari Cascavel di selatan Parana.

pesawat terhempas di brazil
Gambar: AFP

“Tiada yang terselamat,” kata pihak berkuasa tempatan Valinhos yang terlibat dalam misi carilamat berdekatan Vinhedo.

“Mayat-mayat mangsa telah dibawa ke rumah mayat,” kata pihak berkuasa tempatan Vinhedo.

BACA: Atlet CrossFit Dari Serbia Meninggal Dunia Ketika Acara Renang

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, yang menghadiri sebuah majlis di Santa Catarina turut menyampaikan berita tersebut sejurus mengetahuinya. Beliau menyeru hadirin untuk berdiam diri seketika bagi menghormati mangsa tragedi.

Dalam satu kenyataan, Voepass pada mulanya melaporkan terdapat 58 penumpang. Namun, syarikat itu kemudiannya menukar kenyataan bahawa hanya 57 orang penumpang berada di dalam pesawat ketika ia berlepas.

Syarikat tersebut menyatakan mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menentukan punca kemalangan. Dalam masa yang sama, syarikat tersebut turut memberi bantuan penuh kepada keluarga mangsa.

BACA: Poster Papar Menara Petronas Kembar Tiga, Agensi Iklan Mohon Maaf

“(Pesawat itu berlepas) tanpa sebarang sekatan penerbangan, dengan kesemua sistemnya beroperasi,” tambah Voepass.

Syarikat pembuat kapal terbang Perancis-Itali dan anak syarikat Airbus, ATR berkata pakar mereka dalam usaha membantu penyiasat dalam tragedi melibatkan pesawat bebaling (propeller) turbo berenjin kembar tersebut.

Pihak bomba, polis tentera dan pertahanan awam negeri telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Menurut pihak polis tentera yang berada di tempat kejadian, kemalangan tersebut tidak menyebabkan korban tambahan di lokasi nahas. Kebakaran yang tercetus disebabkan kemalangan tersebut juga telah dapat dikawal.

Sementara itu, pegawai keselamatan negeri Sao Paulo, Guilherme Derrite berkata, kotak hitam pesawat yang terhempas di Brazil itu telah ditemui dan dalam keadaan yang baik.

BACA: Dua Warga Emas, Seorang Cucu Maut Dalam Kebakaran Di Pagoh

Sumber: AFP