Siakap Keli
bas 20 penumpang terbabas
Sumber: Sinar Harian

Bas Bawa 20 Penumpang Terbabas, Langgar Penghadang Jalan

Bas Bawa 20 Penumpang Terbabas, Langgar Penghadang Jalan

Seramai 20 penumpang berhadapan dengan detik cemas apabila bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan setelah melanggar penghadang jalan di Kilometer 2.6 Jalan Genting Highlands, Sabtu lalu.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1.40 tengah hari, di mana pemandu bas, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun, mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, menjelaskan bahawa siasatan awal mendapati bas tersebut sedang dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, dipercayai brek bas tersebut gagal berfungsi, menyebabkan ia terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebelah kanan.

Tambah beliau, hanya pemandu bas yang mengalami kecederaan ringan, manakala kesemua 20 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kejadian itu menyebabkan pemandu bas cedera ringan, manakala 20 penumpang tidak mengalami kecederaan.

“Kita memohon mana-mana pihak yang melihat kejadian ini tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

BACA: Kes Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kebakaran Diklasifikasi Sebagai Kes Bunuh – Polis

BACA: Dua Pelajar Kolej Maut Dalam Kemalangan

BACA: Ditolak Suami Jatuh Gaung, Wanita Nekad Merangkak Naik Demi Anak-Anak

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.