Siakap Keli
bapa berang anak tempat ke-4
Gambar Hiasan

Berang Anak Dapat Tempat Ke-4, Bapa Nekad Lepaskan Tembakan Ke Arah Juri 

Berang Anak Dapat Tempat Ke-4, Bapa Nekad Lepaskan Tembakan Ke Arah Juri 

Sebuah pertandingan ratu cantik di Altamira, Brazil, berakhir dengan tragedi apabila seorang bapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan juri, bertindak melepaskan tembakan selepas anak perempuannya hanya mendapat tempat ke-4.

Kejadian ini berlaku pada 28 Julai, selepas berakhirnya pertandingan “II Baile da Escolha da Rainha” di bandar Altamira.

Beberapa jam selepas keputusan diumumkan, seorang lelaki tempatan yang dikenali yang juga penternak, mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kedudukan anak perempuannya yang hanya mendapat tempat ke-4.

Lelaki berkenaan mempersoalkan keputusan juri dan kriteria penilaian yang digunakan dalam pertandingan tersebut.

Walaupun lokasi kejadian dikawal oleh pasukan keselamatan swasta dan polis tentera, kemarahannya tidak dapat dikawal sehingga dia bertindak mengeluarkan sepucuk pistol dan cuba menembak salah seorang juri.

Bagaimanapun, sebelum dia sempat mencederakan orang lain, dia ditembak oleh polis.

BACA: Bas Bawa 20 Penumpang Terbabas, Langgar Penghadang Jalan

Saksi kejadian menyatakan bahawa dia menganggap kedudukan anak perempuannya sebagai satu penghinaan, kerana dia percaya anaknya adalah “pemenang”.

Tidak berpuas hati dengan penjelasan juri, dia cuba mengambil tindakan sendiri, tetapi ditembak sebelum sempat mencederakan orang lain.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Dewan di mana kejadian tragis ini berlaku dikatakan dipenuhi orang ramai, dan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah lelaki berkenaan untuk melindungi tetamu lain yang hadir.

Lelaki berkenaan difahamkan sempat melepaskan beberapa das tembakan sebelum dilumpuhkan, menyebabkan seorang lagi cedera dan dikejarkan ke hospital.

BACA: Bayi Perempuan 15 Bulan Maut Tercampak Ke Dalam Tali Air

BACA: Dua Pelajar Kolej Maut Dalam Kemalangan

Sumber: Oddity Central

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.