Siakap Keli
Pokemon Misty Meninggal dunia
Gambar:The Independent

Pelakon Suara Latar Pokémon, Misty Meninggal Dunia

Pelakon Suara Latar Pokémon, Misty Meninggal Dunia

LOS ANGELAS — Pemilik di sebalik suara latar Misty dalam anime Pokémon, Rachael Lillis dilaporkan meninggal dunia pada usia 46 tahun, lapor The Independent.

Difahamkan, Lillis meninggal dunia selepas menghidapi penyakit kanser payudara dan dia disahkan menghidap penyakit itu pada Mei lalu.

Menurut organisasi itu, Lillis telah berada di rumah jagaan di Los Angeles sejak akhir Januari untuk menerima rawatan.

Pemergian pelakon suara anime itu meninggalkan kesan terhadap peminat siri kartun itu termasuk rakan kerjanya, Veronica Taylor yang juga pemilik suara latar watak Ash Ketchum.

Maklum Veronica dalam tweetnya di platform X pada pagi semalam, Lillis telah menghembuskan natas terakhir pada petang Sabtu, 10 Ogos 2024.

“Rachael merupakan seorang yang mempunyai bakat luar biasa, ia jelas menerusi pembawaan suaranya ketika bercakap mahupun menyanyi.

“Pemergiannya akan diingati selama-lamanya kerana jasanya dalam memegang watak animasi ikonik (Misty) sentiasa disukai.

“Mendiang sangat berterima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan yang diberikan kepadanya ketika dia melawan penyakit kanser. Ia sangat membantu untuknya sentiasa kekal positif.

“Keluarganya juga ingin mengucapkan terima kasih dan mahu meluangkan masa ini secara peribadi. Sebuah majlis peringatan akan dirancang untuk tarikh yang akan datang,” memetik hantaranya.

BACA JUGA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni

Tambah Veronica, dia cukup bertuah kerana mengenali Rachael sebagai kawan.

“Dia seorang yang baik dan mempunyai belas kasihan dalam apa juga hingga ke akhir hayatnya. Dia seorang yang mudah terhibur, mudah untuk bersama, bijak, kuat ingatan, bekerja keras dan sangat mengambil berat,” ujarnya.

Untuk makluman, Rachael melakonkan suara latar versi bahasa Inggeris bagi watak Misty dalam siri anime Pokemon dan telah memulakan kerjaya sebagai pelakon alih suara pada tahun 1997.

Misty merupakan ketua Cerulean Gym dalam saga Pokémon dan teman dalam pengembaraan Ash. Dia bersama Ash dan Pewter Gym Brock, membentuk trio utama siri animasi asal, yang disiarkan dari 1998 hingga 2006.

Sumber: The Independent

BACA JUGA: Pelakon Suara Watak Nobita, Noriko Ohara Meninggal Dunia

BACA JUGA: Pelakon Pirates Of The Caribbean, Tamayo Perry Maut Diserang Jerung

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.