Siakap Keli
pelancong maybank sabah
Gambar: TikTok @sabah_info/ XHS

Pelancong Kongsi Sebab Suka Ambil “OOTD” Di Maybank Gaya Street Sabah

Pelancong Kongsi Sebab Suka Ambil “OOTD” Di Maybank Gaya Street Sabah

Baru-baru ini, tular beberapa video dan gambar di media sosial memaparkan pelancong dari China mengambil gambar di hadapan sebuah bangunan Maybank yang terletak di Gaya Street, Kota Kinabalu, Sabah.

Cawangan Maybank tersebut telah menjadi viral hingga ia menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan penduduk tempatan mengapa lokasi tersebut menjadi pilihan mereka.

Pun begitu, persoalan tersebut akhirnya terjawab selepas pengguna TikTok @sabah_info melakukan sesi temu bual bersama pelancong yang memilih untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Maybank meskipun ia telah berhenti operasi.

Dalam satu temu bual yang dilakukan terhadap beberapa pelancong, mereka berkata tempat itu diketahui selepas mereka melihatnya di platform Xiao Hong Shu (XHS) atau dikenali sebagai Red yang rata-ratanya dipopularkan oleh pempengaruh luar.

Gambar: TikTok @sabah_info

Bahkan sebahagian pengunjung ketika ditemui menyifatkan lokasi tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri.

Tidak terkecuali, salah seorang warga tempatan turut tidak terlepas untuk mengambil gambar di lokasi tular itu.

“Kenapa ambil gambar di Maybank?” Ini respon pelancong luar

pelancong maybank sabah
Gambar: TikTok @sabah_info

“Warna dia. Warnanya sangat menyerlah dan saya fikir ia menjadikan kami tenang, membuatkan mood kami kelihatan sangat gembira,” ujar salah seorang pengunjung.

“Di aplikasi Xiao Hong Shu ia (Maybank Gaya Street) amat terkenal di sini,” kata seorang lagi pelancong.

“Banyak pempengaruh mengambil gambar dari tempat ini, jadi kami fikir ia sangat cool,” kongsi seorang pelancong wanita.

Jadi, tidak hairan mengapa cawangan Maybank ini cukup terkenal dalam kalangan pelancong terutamanya pelancong dari China untuk ber”ootd” ala-ala estetik.

Ahli Parlimen Pun Terkejut

Berikutan berlaku peningkatan jumlah pelancong luar ke sekitar kawasan itu, lokasi tersebut turut mencuri perhatian Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin.

pelancong maybank sabah
Gambar: Fb Chan Foong Hin

“Cawangan Maybank di Kota Kinabalu secara tiba-tiba menjadi tarikan pelancongan popular dalam kalangan pelancong China yang melawat Malaysia, terutamanya di platform media sosial Xiao Hong Shu.

“Walaupun saya tidak begitu memahami trend ini, ia jelas menunjukkan bandar ini semakin popular dalam kalangan pelancong dan secara tidak langsung mencerminkan bahawa Kota Kinabalu kaya dengan sumber pelancongan.

“Selamat datang semua ke Kota Kinabalu (KK),” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Saksikan temu bual penuh di bawah ini.

@sabah_info

Kami turun gaya street tanya pelancong. (Tolonglah kekalkan ni tempat 😂)

♬ original sound – Sabah Info – Sabah Info

Sumber: TikTok @sabah_info

BACA JUGA: Ini “Tricks & Hacks” Yang Anda Kena Tahu Jika Melancong Ke Jepun

BACA JUGA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.