Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Zizan hadiahkan motor abah
Gambar: TikTok @zizanrazak869

Zizan Buat Kejutan, Hadiahkan Motor Untuk Abah Sempena Hari Lahir

Iqbal Yasir

Zizan Buat Kejutan, Hadiahkan Motor Untuk Abah Sempena Hari Lahir

Setiap insan yang bergelar seorang anak tentunya melihat bagaimana penat lelah dan keringat yang mengalir pada raut seorang ayah dalam usaha memastikan setiap ahli keluarganya mempunyai kelengkapan hidup yang cukup.

Sebelum kita dilahirkan ke dunia, dia sudah membanting tulang dalam menyediakan wang dan barangan serta pakaian bagi menyambut anak tercinta.

Sehingga menginjak dewasa bahkan ada yang sudah berumah tangga, tentunya kita memahami dengan arif apa yang telah dilalui olehnya tanpa meminta dan merungut sedikit pun pada anaknya.

Bagaimana kita seorang anak boleh melupakan jasanya dan semestinya segala penat lelah tersebut tidak mampu dibalas dengan nilai wang ringgit.

Meskipun usaha mereka tiada bandingnya, namun sebagai anak sudah pasti mahu membalas jasanya dengan sedaya upaya yang mampu. Misalnya seperti pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak yang menghadiahkan sebuah motosikal jenis Honda kepada ayahnya.

Dalam video yang dikongsikan olehnya di platform TikTok, dia berkata dia ingin menunaikan hasrat bapanya, Razak Hussain yang ingin memiliki sebuah motosikal untuk ke surau.

Gambar: TikTok @zizanrazak869

“Saya dekat Terengganu hari ini saya nak beli motor untuk abah saya, sebab dia kata dia nak motor, nak pergi surau.

“Saya rasa gembira sebab dulu masa kecil dia layan saya dan abang, jadi hari ini saya layankan dia pula,” ujar pelakon filem Polis Evo dalam klip berkenaan.

Pelawak yang berusia 40 tahun itu bersama ayah dan abangnya menaiki kereta menuju ke sebuah kedai motor tanpa pengetahuan ayahnya.

Sampai kedai geleng kepala tengok motosikal baharu

Gambar: TikTok @zizanrazak869

Tiba sahaja di kedai berkenaan, Razak menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat motosikal yang dihadiahkan oleh anaknya itu.

“Dia buat suprise…” kata ayahnya sambil mengucapkan terima kasih.

Kelihatan dalam video berkenaan ayahnya yang berpakaian t-shirt lengkap memakai topi keledar dan sudah bersiap sedia membawa pulang motosikal baharu itu.

Gambar: TikTok @zizanrazak869

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet memuji tindakan yang dilakukan oleh pelawak itu kerana menghargai bapanya.

“Ada sebab tuhan tak bagi Zizan jodoh lagi sebab nak dia berbakti puas-puas pada mak ayah dia dulu. Terbaik Zizan,” komen seorang pengguna.

“Tak lekat dekat rumah la abah Zizan lepas ni,” seloroh seorang lagi pengguna.

Sumber: TikTok @zizanrazak869

BACA JUGA: Warga Emas Maut Ditikam Dengan Gunting Di Kepala Ketika Cuba Lerai Pergaduhan

BACA JUGA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni