Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Suspek Kes Bunuh
Kredit: Sinar Harian

Suspek Kes Bunuh & Bakar Tiga Sekeluarga Di Muar Sudah Ditahan

Athirah

Suspek Kes Bunuh & Bakar Tiga Sekeluarga Di Muar Sudah Ditahan

Polis Diraja Malaysia berjaya menahan suspek utama kes bunuh dan bakar rumah yang menyebabkan kematian ibu bapa dan anak saudaranya di Kampung Paya Redan di Muar, pada Jumaat lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, suspek berusia 48 tahun akan direman pada pagi Rabu dan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar untuk mendapatkan perintah reman.

Penahanan suspek turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz. Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung tangkapan itu akan dimaklumkan kemudian.

“Suspek akan dibawa (reman) pagi ini dan nanti saya akan keluarkan kenyataan media,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Suspek kes bunuh dan bakar pasangan warga emas, cucu sudah ditahan

Terdahulu, media melaporkan suspek yang merupakan anak sulung kepada pasangan suami isteri itu merupakan antara individu yang dikehendaki selepas dipercayai melarikan diri ketika rumah mereka terbakar pada awal pagi Jumaat.

Menurut Sinar Harian, mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, isterinya, Ara Abd Hamid, 76, dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim yang berusia 11 tahun.

Pasangan warga emas itu maut di lokasi kejadian, manakala Noradriana meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Mangsa dipercayai dibunuh sebelum dibakar

Jenazah Noradriana telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan.

Bagaimanapun jenazah Mohamed Nor dan Ara Abd Hamid yang rentung hampir 80 peratus masih berada di Forensik HSPF bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Kejadian itu kemudian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Ia selepas pemeriksaan mendapati terdapat unsur jenayah pada badan ketiga-tiga mangsa.

BACA: Datuk Azizul Kongsi Apa Yang Dirasainya Selepas Lihat Nama Tertera “DSQ”

Sumber: Sinar Harian