Siakap Keli
Khairul aming jualan produk
Gambar: X @khairulaming

Jualan Produk Cecah RM3.5 Juta Setiap Bulan, Khairul Aming Luah Rasa Syukur

Jualan Produk Cecah RM3.5 Juta Setiap Bulan, Khairul Aming Luah Rasa SyukurJualan Produk Cecah RM3.5 Juta Setiap Bulan, KA Luah Rasa Syukur Nak Buka Satu Kilang Lagi

Pempengaruh dan pencipta kandungan, Khairul Aming meluahkan rasa syukur selepas jualan dua produknya, Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet di dua platform jualan, Shopee dan TikTokShop sudah boleh mencecah purata RM3.5 juta setiap bulan.

Khairul Aming atau lebih mesra dikenali sebagai KA itu berkongsi berita gembira tersebut dalam satu hantaran di platform X.

“Alhamdulillah sekarang sambal dan dendeng nyet dah boleh capai purata hasil (jualan) RM3.5 juta setiap bulan (Shopee dan TikTokShop),” tulisnya.

Gambar: X @zulabmm

Dalam masa yang sama, KA juga menyimpan hasrat untuk menambah kilang ketiga di negeri Kelantan bagi pelancaran produk ketiga.

Sehubungan itu, usahawan berusia 32 tahun itu turut mendoakan agar perniagaannya kekal konsisten bagi merealisasikan impian berkenaan.

“Doakan kita boleh konsisten dan tambah kilang ketiga dekat Kelantan nanti untuk produk ketiga,” kongsinya di platform media sosial itu.

https://x.com/khairulaming/status/1824747142482935993?s=46&fbclid=IwY2xjawEvpKNleHRuA2FlbQIxMAABHerfUP_mzcySdB5bjf1-_SqXj4Q0Vs2jD9LYPnbsdWQ7iMgrGf7o2wnQqw_aem_IhfAlcD86v1BUMtC6CuSeQ

“Sold out” dalam tempoh 3 minit

Sebelum ini SK melaporkan produk terbaru (kedua) KA, Dendeng Nyet Berapi telah habis dijual dalam tempoh singkat iaitu tiga minit 39 saat.

Malah rekod baharu tercipta apabila dia berjaya mendapat hasil jualan RM1.2 juta terpantas di TikTok Shop Malaysia.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming bagaikan tidak percaya kerana 80,000 unit produk tersebut terjual dalam tempoh yang singkat.

KA meluahkan rasa syukur kerana dia dan pasukannya bekerja keras selama setahun untuk mengeluarkan produk tersebut.

“Alhamdulillah terima kasih semua,” katanya

Sementara jualan produk pertamanya iaitu Sambal Nyet telah mencecah RM20 juta bagi tahun 2023.

Difahamkan, ia merupakan peningkatan lebih 40 peratus berbanding tahun 2022.

Jelasnya lagi, bagi produk terbaru, ia telah memakan modal lebih dari RM2 juta untuk persiapan mesin dan ubahsuai  kilang.

We hope you will like it, kalau ada kekurangan boleh inform kita untuk penambahbaikan,” tulisnya di laman X sebelum ini.

Sumber: X @khairulaming

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.