Siakap Keli
kasut squeaky bukan pilihan terbaik
Gambar: Surestep

Kasut ‘Squeaky’ Comel Tapi Bukan Pilihan Terbaik Buat Kanak-kanak

Kasut ‘Squeaky’ Comel Tapi Bukan Pilihan Terbaik Buat Kanak-kanak

Anak adalah anugerah terindah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada setiap mereka yang bergelar ibu dan bapa.

Ketika anak-anak masih kecil, mereka dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Tidak kira sama ada dari aspek makanan, penjagaan termasuk pakaian yang terbaik buat si cilik mereka.

Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai barangan kanak-kanak yang cukup menarik dan comel untuk dipakai oleh mereka. Bahkan kita sendiri yang melihatnya turut teruja.

Namun, kadangkala rupa luaran yang terlihat ‘menarik’ itu sebenarnya tidak memberikan manfaat sebaliknya mendatangkan kesan sampingan kepada anak-anak, salah satunya adalah ‘kasut squeaky’.

Mengapa kasut ini perlu dielakkan oleh para ibu bapa?

Menurut Public Health Malaysia kasut berbunyi ini boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak.

Ini kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.

Gambar: Public Health Malaysia

“Dari segi keselamatan, bunyi squeaky boleh mengganggu perhatian kanak-kanak, menyebabkan mereka kurang fokus terhadap persekitaran mereka.

“Kasut ini juga menyebabkan anak-anak mengubah cara berjalan mereka untuk terus mendengar bunyi, yang boleh menjejaskan postur

“Paling penting, kasut ini sebenarnya sangat menggangu ketenteraman orang lain terutama di tempat awam seperti hospital, klinik dan pejabat,” kongsi hantaran itu.

Walau bagaimanapun, kasut ini memberikan kebaikan dari segi memberi motivasi untuk kanak kanak belajar berjalan.

Tetapi, Public Health Malaysia memaklumkan, ibu bapa untuk peka kepada pergerakan anak selain memberi keseronokan pada anak.

“Mungkin lebih baik, kasut ini hanya di pakai di persekitaran rumah dengan pengawasan ibu bapa, bukan untuk kegunaan harian dan di tempat awam.” tambah hantaran itu lagi.

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/pfbid02KkNVKL3sdpsFNT6nACVS4qikMrTffNKdDySbdgn3mAtnZ1NnV5PDRAFKRUxBo8FAl

BACA JUGA: Kenapa Ada Bayi Tak Suka Pijak Rumput? Bukan Saja-saja, Rupanya Ini Sebab Ramai Masih Tak Tahu

BACA JUGA: “Sukanya Bau Baby,” Doktor Ini Jelaskan Kenapa Ramai Suka Bau Bayi, Terutama Si Ibu

BACA JUGA: Kenali Jenis Kulit Bayi, Pilih Produk Sesuai Elak Alahan Dan Iritasi

Sumber: Public Health Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.