Kenapa Bayi Tak Suka Pijak Rumput? Bukan Saja-saja, Rupanya Ini Sebab Ramai Masih Tak Tahu
Bayi merupakan susuk comel berusia lingkungan setahun ke tiga tahun yang mempunyai banyak ragam dan kadangkala ia berada diluar jangkaan kita. Tindak tanduk mereka memang sukar diramal, misalnya ragam yang ditunjukkan bayi-bayi ini saat dibawa ke luar untuk memijak rumput.
Bayi-bayi dari serata negara ini seolah-olah sehabis daya mangu mengelak kaki mereka daripada memijak rumput. Padahal, pada permukaan lain, mereka langsung tidak mempunyai masalah untuk menyentuh dengan kaki masing-masing.
Situasi tersebut mungkin mengganggu minda sesetengah pihak. Lalu timbul pertanyaam, kenapa bayi-bayi ini memberikan reaksi seperti itu?
Memetik Fatherly, antara jawapan yang mudah untuk menjawab persoalan tersebut adalah rumput dipercayai mungkin telah memberikan beban tindak balas deria secara berlebihan kepada mereka.
Diawala usia bayi, sistem saraf mereka dikatakan masih baru dan mula berkembang dengan cepat jika adanya ransangan bunyi, sensasi, penglihatan dan getaran.
Situasi ini telah dikaji oleh beberapa orang pakar termasuk Michael Pollan dalam ‘How to Change Your Mind’. Situasinya seperti ini, untuk sementara, cuba anda bayangkan ciri-ciri rumput dari kaca mata seorang manusia yang selama ini hanya hidup diatas cendawan yang lembut. Rupa rumput seperti bilah yang menyakitkan, tidak sekata, menggelikan dan kadang-kalanya basah dek air serta jumlahnya yang banyak. Sudah tentu, ia pengalaman yang tidak menyenangkan.
Itulah mungkin yang difikirkan oleh bayi saat pertama kali dibawah memijak rumput. Seumur hidupnya, rumput adalah begitu asing dengan ciri-ciri yang luar biasa.
Namun begitu, dikatakan reaksi yang diberikan bayi pada rumput adalah berbebza-beza memandangkan proses pengembangan deria setiap bayi juga berbeza-beza.
Menurut kajian saintifik 2014, sikap hati-hati bayi terhadap rumput adalah bersifat umum. Kajian itu juga melihat tindak balas bayi terhadap objek lain termasuk tumbuh-tumbuhan setiap hari.
Kajian mendapati bahawa apabila bayi dibentangkan dengan tumbuhan, mereka mengambil masa lebih lama untuk memproses sama ada mahu menyentuhnya atau tidak berbanding objek lain.
Perasaan ragu-ragu terhadap tumbuh-tumbuhan berlaku pada bayi seawal usia mereka lapan bulan.
“Keputusan tersebut meyakinkan lagi bahawa bayi sangat sensitif terhadap bahaya,” jelas penulis kepada kajian tersebut.
Sifat berjaga-jaga bayi terhadap tumbuhan mungkin juga adalah perlakuan semula jadi untuk tujuan melindungi diri mereka dari sebarang bahaya seperti diracun dan sebagainya. Lebih-lebih lagi tanaman di masa kini memang kebanyakannya menggunakan racun perosak untuk mengekalkan kualiti sesuatu tumbuhan itu.
Babies instinctually avoid grass. Do they know something we don’t🧐 pic.twitter.com/GPpkSzKlMI
— Tansu YEĞEN (@TansuYegen) September 14, 2022
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Sumber: Fatherly