Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
bapa tawar diri ikut anak
Gambar: TikTok @zahiralauddinhamid
Tiada Kategori

Video Bapa Sering Tawar Diri Mahu Ikut Tiap Kali Anak Keluar Rumah Raih Perhatian

Iqbal Yasir

Video Bapa Sering Tawar Diri Mahu Ikut Tiap Kali Anak Keluar Rumah Raih Perhatian

Seiring menginjak usia, semakin kita melihat kedua ibu bapa dimamah usia.

Masa tidak dapat diputarkan kembali dan perkara inilah yang membuatkan seseorang anak untuk lebih menghargai senja umur orang tua mereka dengan membalas semula jasa dan pengorbanan yang tidak dapat diganti.

Gambar: TikTok @zahiralauddinhamid

“Din…abah nak ikut”. Itulah ungkapan yang sering didengari oleh seorang anak lelaki daripada ayahnya yang kini bertemankan kerusi roda.

Zahir Alauddin Abdul Hamid, 39, berkongsi bapanya sering menawarkan diri untuk mengikutnya walaupun hanya membeli barang dalam masa yang sekejap.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, ia memaparkan momen-momen manis bersama ayahnya.

“Kita dulu maktu kecil-kecil macam inilah, nak ikut sahaja.

“Ok bah ikut lah jom… (sementara student cuti sem ni, luangkan masa sikit jaga abah dan siapkan penulisan yang lama tertangguh)” memetik kapsyen yang ditulis.

Gambar: TikTok @zahiralauddinhamid

Sementara itu menerusi perkongsian Sinar Harian, Abdul Hamid Jantan, 75, difahamkan menghidap sakit lutut agak kronik sejak 2022.

Disebabkan itu, dia terpaksa bergantung terhadap kerusi roda elektik untuk bergerak.

“Saya menjaga Abah ketika cuti panjang sahaja, pada hari biasa dia akan tinggal dengan adik lelaki saya yang merupakan anak kelima daripada lapan adik-beradik.

“Kadang-kadang saya akan jaga sebulan dan ada juga tiga minggu kemudian abah ke rumah kakak pula. Kami bergilir-gilir menjaga abah, bagi dia berubah ‘angin’. Jadi, emosi dia lebih baik dan ceria,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Zahir yang juga merupakan seorang pengajar berkata atas kekangan tertentu, kadang-kadang dia tidak dapat membawa ayahnya berjalan-jalan setiap masa, salah satunya apabila dia mahu menuju ke tempat kerja.

Gambar: TikTok @zahiralauddinhamid

“Bila saya nak bergerak ke tempat kerja, waktu itulah abah kadang-kadang ajak saya untuk teman dia keluar.

“Sudah tentu saya terpaksa menolak dan berjanji apabila selesai tugasan, saya akan bawa abah keluar,” katanya.

Kata Zahir lagi, dia amat menghargai jasa dan pengorbanan bapanya ketika membesarnya bersama adik-beradik yang lain dengan cukup sempurna.

Sebagai anak, dia ingin menabur bakti semula terhadap seorang bapa yang terbaik kepada keluarga.

“Saya memandang tinggi jasa abah sejak kecil, sebab abah adalah suami yang sangat baik dan bertanggungjawab.

“Saya nak jadi macam abah saya, suami yang hebat kepada isteri saya, abah yang luar biasa kepada anak-anak saya. Sudah tentu saya nak berbakti kepada abah saya sebaik mungkin.

“Selagi ada peluang untuk berbakti kepada ibu bapa, ia perlu dimanfaatkan. Insya-ALLAH… mudah-mudahan hari tua kita nanti, ALLAH permudahkan segala urusan kita pada waktu itu,” katanya.

Perkongsiannya di platform berkenaan telah mendapat lebih 1 juta tontonan dengan lebih 100,000 tanda ‘suka’ serta pelbagai komen.

https://www.tiktok.com/@zahiralauddinhamid/photo/7403572730836077840

Sumber: TikTok @zahiralauddinhamid, Sinar Harian

BACA JUGA: Mungkin Sambar ‘Golden Boot’, Ini Sebab Kenapa Antony Yakin ‘Perform’ Musim Ini, Siap Bagi Amaran

BACA JUGA: Jualan Produk Cecah RM3.5 Juta Setiap Bulan, Khairul Aming Luah Rasa Syukur