Siakap Keli
Beli Rumah

Cara Nak Beli Rumah Tanpa Bayar ‘Down Payment’ & Wang Pendahuluan Yang Lain

Cara Nak Beli Rumah Tanpa Bayar ‘Down Payment’ & Wang Pendahuluan Yang Lain

Pada masa kini, ramai yang nak membeli rumah memandangkan harga rumah sewa pun sudah tinggi, malahan hampir sama dengan bayaran bulanan rumah sendiri. Disebabkan itu, ramai yang berpendapat bahawa daripada membayar sewa yang akhirnya kita bukan pemilik rumah itu, lebih baik beli dan bayar untuk dijadikan harta sendiri kan?

Tapi itulah, kalau nak beli rumah pasti ada cabarannya. Dan cabaran paling besar yang dihadapi oleh bakal pemilik untuk pembelian rumah sekarang adalah keperluan mempunyai wang pendahuluan ataupun DownPayment (DP) yang kadarnya dianggap sangatlah tinggi, sekitar 10% daripada harga rumah. Maksudnya kalau nak beli rumah RM300,000, koman-koman kena standby adalah sebanyak RM30 ribu paling minima, kau ado? 

Lebih perit untuk orang yang tiada slip gaji, hanya berkerja sendiri ataupun terlibat dalam industri gig mahupun perniagaan sendiri. Apa tidaknya, pihak bank sendiri pun tidak yakin dengan kemampuan kita untuk membayar ansuran bulanan berikutan tiada dokumen pendapatan masuk ke dalam akaun bank. Walau bagaimanapun, rasanya masih ramai tak tahu yang kita boleh saja beli rumah tanpa perlu membayar DP ataupun wang pendahuluan yang lain-lain. Eh tapi macam mana? Kan kena sedia DP 10%?

Skim Jaminan Kredit Perumahan daripada SJKP

Inilah satu-satunya jawapan untuk persoalan bagaimana hendak membeli rumah tanpa perlu sediakan wang pendahuluan dengan amaun yang agak tinggi, iaitu memanfaatkan skim-skim Jaminan Kerajaan yang diuruskan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP). 

Pada pembentangan Belanjawan 2024, Kerajaan telah memperuntukkan RM10 bilion kepada SJKP bagi membantu rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri. Antara mereka yang menjadi kumpulan sasaran bagi skim-skim ini adalah golongan yang tidak mempunyai slip gaji. Antaranya adalah pekerja ekonomi gig, peniaga/usahawan kecil, pekerja bebas, pemandu e-hailing, nelayan dan juga peniaga online.

Nak manfaat SJKP ni, pasti ada syarat-syaratnya kan, terutamanya yang melibatkan pinjaman. Antara syarat lulus pinjaman perumahan adalah bayaran pinjaman bulanan tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan. Antara syarat lain adalah untuk pastikan tiada rekod CCRIS tertunggak melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan, dan juga tiada rekod-rekod kredit lain yang negatif. Kemudian pemohon kena sediakan dokumen-dokumen berkaitan untuk menyokong permohonan ini. Korang boleh tengok senarai dokumen yang dimaksudkan melalui video di bawah.

So, macam mana SJKP membantu bakal pemilik berkaitan wang pendahuluan ataupun DP?

Pertamanya adalah SJKP akan memberikan jaminan pembiayaan melebihi 100% di atas jumlah pembiayaan, termasuklah pembiayaan pokok, MRTA?MRTT, LTHO, yuran guaman dan juga nilai penilaian.

Kedua, SJKP menyediakan had jaminan pembiayaan sehingga RM500,000 termasuklah jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian.

Dan apa yang lebih penting adalah pembeli tidak perlukan bayaran duit muka ataupun wang pendahuluan kerana telah dijamin oleh SJKP.

Jadi, dengan manfaat yang diperolehi daripada SJKP, setidak-tidaknya dapat membantu ramai orang yang mempunyai niat untuk membeli rumah, tapi terbantut dek modal wang pendahuluan yang terlalu tinggi.

Tapi ingat ya, SJKP ini adalah untuk pembeli rumah pertama sahaja, jangan gatal-gatal pulak nak beli rumah untuk investment pun guna manfaat daripada SJKP, memang tak lepas.

Kalau korang nak maklumat lebih lanjut tentang SJKP ni, korang boleh layari laman sesawang SJKP. Semua dah diterangkan dalam tu, tinggal nak baca, faham, hadam dan bertindak ja. Nahh, korang boleh baca melalui pautan INI.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.