Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Danish Iftikhar Nur Afrina SUKMA
Gambar: BERNAMA

Danish Iftikhar, Nur Afrina Raja Dan Ratu Pecut SUKMA 2024

Iqbal Yasir

Danish Iftikhar, Nur Afrina Raja Dan Ratu Pecut SUKMA 2024

KUCHING, (Bernama) — Danish Iftikhar Muhammad Roslee dan Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal masing-masing dinobatkan raja dan ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas mendominasi acara 100 meter (m) pada Isnin.

Danish Iftikhar mencatatkan 10.53 saat (s) untuk menang pingat emas buat Johor, menafikan cabaran sengit dua lagi pelumba Danish Irfan Tamrin dan Muhammad Erfain Feerzan Qhan Mohd Yazid yang masing-masing meraih perak dan gangsa.

Danish Irfan dari Selangor merakam kepantasan 10.60s manakala Muhammad Erfain dari Pahang terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan catatan masa 10.66s.

“Semua pesaing memberikan yang paling hebat, saingan paling kuat dari separuh akhir sampai final. Sayang tak fikir apa-apa, saya cuma percaya pada rezeki dan tawakal sebab saya sudah buat terbaik dan berlatih dengan gigih.

“Saya memang ada letak sasaran untuk menang emas dan bantu Johor,” katanya,” kata Danish Iftikhar, 17, ketika ditemui di Stadium Sarawak.

Danish Iftikhar berharap dapat meneruskan momentum positif ini, untuk membantu Johor meraih emas dalam acara 200m hari ini dan 4x100m pada Jumaat ini.

Pada masa sama, atlet Selangor Nur Afrina Batrisyia mempamerkan larian bertenaga untuk membawa pulang emas 100m wanita selepas mengungguli saingan dengan 11.64s, yang juga rekod baharu temasya SUKMA 2024.

Nur Afrina Batrisyia memadam rekod berusia 16 tahun milik Siti Fatima Mohamad dari Johor 11.82s yang dilakukan pada SUKMA 2008 di Terengganu.

“SUKMA kali ini edisi terakhir saya dan ini semestinya ia sasaran saya untuk memecahkan rekod SUKMA dan menang pingat emas buat Selangor.

“Saya juga bersyukur kerana dapat memperbaharui rekod SUKMA dan sebenarnya catatan peribadi terbaik saya menyamai rekod SUKMA,” kata atlet berusia 20 tahun itu.

Saingan olahraga yang menawarkan keseluruhan 47 pingat emas berlangsung selama lima hari bermula semalam.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Cecah Lebih 360 Juta Pengikut, Ini 10 Kelab Bola Sepak Dengan Peminat Paling Ramai Di Dunia

BACA: Mampu Muatkan 92 Ribu Penonton, Arab Saudi Rancang Bina Stadium Terbesar Dunia