Siakap Keli
Mohd Ridzlan hilang
Gambar: Sinar Harian

Hilang Sejak 12 Ogos, Polis Minta Kesan Mohd Ridzlan

Hilang Sejak 12 Ogos, Polis Minta Kesan Mohd Ridzlan

REMBAU — Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang awam untuk menjejaki seorang lelaki dikenali Mohd Ridzlan Ahmad, 43, yang  dilaporkan hilang sejak 12 Ogos, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed, Mohd Ridzlan difahamkan telah keluar dari rumahnya yang berada di Kampung Masjid Lama, Batu Hampar sejak sembilan hari lalu.

“Pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan lelaki tersebut pada 16 Ogos lepas yang mana fizikalnya dia berketinggian 160 sentimeter, berambut pendek dan berkulit cerah.

“Dia mempunyai penyakit kulit vitiligo. Kali terakhir isterinya melihat suaminya itu di hentian bas Rembau selepas diminta dihantar ke lokasi berkenaan untuk menemani rakannya ke Kelantan,” ujarnya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung Mohd Rizdlan diminta memberikan maklumat atau berkaitan tampil di balai polis berdekatan.

“Boleh juga menghubungi pegawai penyiasat kes SM Saawal Alias di talian 013-6077326 bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.