Tiba-tiba Meletus, Pendaki Hampir Terkena Letusan Gunung Dukono
Sebuah klip yang menunjukkan detik-detik beberapa pendaki di Gunung Dukono, Indonesia yang hampir terkena bahan letusan akibat ia tiba-tiba meletus pada Sabtu lalu, tular di media sosial.
Difahamkan, pihak berkuasa memutuskan untuk melarang orang ramai daripada mendaki gunung itu kerana aktiviti letusan di kawasan itu telah meningkat ke tahap II (berjaga-jaga) pada Ogos 2024.
Ketua PVMBG Priatin Hadi Wijaya dalam rayuan videonya, menerusi pegawai pos pemerhatian gunung berapi Dukono, Bambang Sugiono, orang ramai tidak dibenarkan untuk mendekati gunung tersebut.
“Mengenai aktiviti Gunung Dukono, ketika ini letusan masih sangat tinggi, jadi dilarang sama sekali.
“Tidak boleh mendekati atau memasuki radius tiga kilometer kawah itu,” ujar Bambang.
Dalam pada itu, Bambang berkata pendaki-pendaki tersebut tidak mempunyai lesen permit pendakian dan tindakan mereka itu sangat berbahaya.
BACA: Perkhidmatan Kereta Api Bangkok-Padang Besar-Butterworth Akan Disambung Semula
“Melihat daripada video yang ada, masih ada pendaki yang melakukan tindakan itu.
“Di pos pemerhatian gunung berapi, mereka secara diam-diam mengambil inisiatif sendiri dan mendaki ke pusat aktiviti kawah Gunung Dukono.
“Ini sangat berbahaya untuk keselamatan,” ujarnya.
Oleh yang demikian, pendaki yang nekad untuk mendaki Gunung Dukono itu akhirnya telah disenarai hitam, memetik laporan Kompas.com pada Isnin.
Sementara itu, Hadi berkata setakat ini Gunung Berapi Dukono masih meletus dengan kuat dan mengeluarkan letusan dengan ketinggian purata 100 hingga 1,000 meter.
“Sepanjang 1 hingga 15 Ogos 2024, terdapat 2,387 letusan gempa bumi.
“Ini menunjukkan aktiviti Gunung Dukono masih tinggi,” kata Hadi.
Sumber: Kompas.com