Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
guru sabah finalis eltons
Gambar: Dr Sirhajwan Idek

Guru Sabah Finalis Anugerah Inovasi ELTons British Council

Azizah Najib

Guru Sabah Finalis Anugerah Inovasi ELTons British Council

Projek Bahasa Inggeris yang dibangunkan oleh Dr Sirhajwan Idek, seorang guru Bahasa Inggeris yang bertugas di Kolej Vokasional Keningau, Sabah, telah dipilih sebagai finalis bagi Anugerah ELTons British Council dalam kategori inovasi tempatan yang akan diumumkan keputusannya pada 20 November 2024 semasa Festival Inovasi ELTons di United Kingdom.

Projek yang dinamakan Virtual Remote Live (VRL) merupakan satu projek pengantarabangsaan melalui sesi dalam talian yang dilaksanakan sejak tahun 2020. Daripada berpuluh-puluh permohonan yang diterima dari seluruh dunia, empat projek berjaya tercalon sebagai finalis bagi kategori tersebut. Senarai finalis bagi anugerah tersebut boleh diakses melalui laman sesawang penganjur: https://www.britishcouncil.org/english-assessment/eltons/2024-finalists/local-innovation.

BACA: Pelajar Kolej Vokasional Keningau Terima Anugerah SENIA

Anugerah inovasi ELTons merupakan anugerah paling berprestij di dunia bagi inovasi Bahasa Inggeris dalam bidang pengajaran, pembelajaran dan penilaian. Ia dianjurkan oleh British Council setiap tahun yang membuka penyertaan kepada seluruh dunia untuk lima kategori. Projek inovasi Dr Sirhajwan yang dikenali sebagai ‘Virtual, Remote, Live’ ataupun singkatannya VRL merupakan program yang membolehkan para pelajar dan guru untuk berinteraksi dengan pelajar dan guru dari negara lain melalui beberapa aktiviti dalam talian. Antaranya kelas induk, pembentangan persidangan, kelas pertukaran budaya dan sesi sembang santai.

Projek itu telah berjaya melibatkan lebih 2,000 pelajar serta guru dari Malaysia dan beberapa negara yang lain. Melalui sesi dalam talian yang telah dilaksanakan, mereka mempelajari pelbagai topik serta membentang hasil kerja mereka sambil mempraktikkan bahasa Inggeris. Ramai pelajar yang berjaya mengaplikasikan apa yang mereka pelajari daripada aktiviti-aktiviti program tersebut dan seterusnya memperkembangkan impak projek mereka masing-masing.

BACA: Guru Sabah Menang Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2024

Dr Sirhajwan berasa gembira dengan pencalonan projek tersebut sebagai finalis kerana ini bermakna VRL telah membawa perubahan yang positif kepada dunia pendidikan. Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada Dr Sirhajwan kerana berjaya meneroka pelbagai peluang yang dapat menggilap bakat pelajar dan meningkatkan kemenjadian mereka.

Projek tersebut telah berjaya melayakkan Dr Sirhajwan sebagai penerima anugerah 20 to Watch anjuran International Society of Technology in Education (ISTE) yang berpangkalan di Amerika Syarikat pada awal tahun 2024. Ia telah diiktiraf sebagai amalan terbaik dalam pendidikan TVET di benua Asia Tenggara oleh SEAMEO VOCTECH iaitu badan pendidikan yang berkhususkan bidang vokasional yang berpusat di Brunei pada pertengahan tahun 2023.

BACA: Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)

Sumber: Dr Sirhajwan Idek