Siakap Keli
Fu Ceen Islam
Kredit: Fatimah Az Zahra via TikTok

Menang Pingat Emas SUKMA, Fu Ceen Dedah Sudah Peluk Agama Islam

Menang Pingat Emas SUKMA, Fu Ceen Dedah Sudah Peluk Agama Islam

Selepas berakhirnya Sukan Olimpik Paris 2024, perhatian kini beralih kepada Sukan Malaysia (SUKMA) yang kali ini diadakan di Bumi Kenyalang, Sarawak.

Acara sukan tahunan ini telah lama dikenali sebagai medan penting untuk mencungkil dan mengasah bakat-bakat muda yang berpotensi menjadi bintang sukan negara di masa hadapan.

SUKMA merupakan platform yang memberi peluang kepada atlet-atlet muda untuk membuktikan kemampuan mereka di peringkat kebangsaan.

Ia dianggap sebagai wadah penting dalam melahirkan pelapis kepada bintang-bintang atlet negara yang akan membawa nama Malaysia di persada dunia.

Terkini, satu video berkaitan atlet SUKMA beredar di media sosial telah menarik perhatian warga maya, dikatakan ‘berita terbaik dari SUKMA’.

BACA: Bekas Pelajar TVET Mampu Buka Tiga Cawangan Syarikat Fabrikasi & Perpaipan, Gajikan Lebih 80 Orang Staf

BACA: Macam Mana Nak Tahu Komen Kita Ada ‘Hate Speech’, Jaga-jaga 3 Unsur Ini Sebelum Korang ‘Dipantau’

Fu Ceen sujud syukur di hadapan orang tuanya, dedah sudah peluk agama Islam kepada keluarga

Menerusi video berdurasi pendek yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @timothyzxhra, atlet taekwondo mewakili Terenggangu, Fu Ceen Put Thai dipercayai ‘mengungkap’ sudah memeluk agama Islam.

Difahamkan, atlet muda itu sudah sebulan memeluk agama Islam, dan baru sahaja ingin memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarganya.

Di gelanggang tersebut, Fu Ceen melakukan sujud syukur di hadapan khalayak, termasuk orang tuanya.

Atlet berusia 22 tahun itu mengambil langkah ‘berani’ tersebut sejurus selepas memenangi pingat emas dalam acara taekwondo.

@timothyzxhra

Welcome to the fam, brother 💫✨ #SUKMA #sukma2024 #taekwondo #taekwondowtf #worldtaekwondo #terengganu #athlete

♬ الصوت الأصلي – الصَمِت”𓁹

“Fu Ceen mendedahkan bahawa dia telah memeluk agama Islam di hadapan ibu bapanya yang tegas selepas memenangi pingat emas di SUKMA.

“Selamat datang, saudara,” tulis hantaran video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa syukur dan memberikan kata-kata semangat kepada Fu Ceen sebagai seorang saudara baru dalam Islam.

“Dia bangun dari sujud dan mengibarkan bendera Terengganu. Indah pula kibarannya. Meremang,”

“Alhamdulillah, ibarat ‘dua kemenangan’ yang bermakna,”

“Selamat datang. Kami gembira menerima Fu Ceen sebagai sebahagian daripada keluarga kami,”

“Semoga Allah kurniakan orang-orang yang baik untuk membimbingmu mengenali agama-Nya,”

“Semoga Allah permudahkan urusanmu dan semoga keluargamu berlembut hati,”

“Alhamdulillah. Semoga Allah tetapkan hati kamu dalam istiqomah. Belajar perlahan-lahan dan harap orang sekeliling dapat membantumu,”

BACA: Sebak Tengok Video Sheila Rusly Kongsi Bakal Menantu Peluk Agama Islam

BACA: Pancing Zii Jia Nasi Lemak & Teh ‘O’ Ais, Hairul Azreen Dapat Hadiah Bulu Tangkis & Raket

BACA: Catwalk Lee Zii Jia Buat Pusat Beli-Belah ‘Bergema’

Sumber: Fatimah Az Zahra via TikTok

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.