Siakap Keli
MB Terengganu Professional Engineer
Kredit: Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar via Facebook

Puluhan Tahun Kejar Impian, MB Terengganu Kini Bergelar “Professional Engineer”

Puluhan Tahun Kejar Impian, MB Terengganu Kini Bergelar “Professional Engineer”

Sejak dibangku sekolah lagi, kita sudah pun mempunyai cita-cita tersendiri yang hendak dicapai apabila kita menginjak ke alam dewasa, kan?

Ada yang mahu menjadi polis, askar, cikgu, doktor dan angkasawan. Ada juga yang mahu mendapatkan gelaran profesional tertentu.

Untuk memastikan cita-cita dan impian itu dapat direalisasikan, diri perlu dilengkapi dengan ilmu dan perlu dituntut sungguh-sungguh.

Namun hendak mencapai kejayaan bukanlah semudah yang disangka, lebih-lebih lagi tanpa usaha berterusan dan doa yang dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.

Baru-baru ini, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi satu hantaran di Facebook, telah berkongsi perjalanan beliau untuk mendapatkan gelaran Professional Engineer (Ir) secara rasmi.

Bahkan, Menteri Besar Terengganu ini turut berkongsi bagaimana menjadi jurutera profesional adalah satu motivasi dirinya untuk menjadi lebih baik di masa depan.

Mari ikuti perkongsian beliau di bawah.

Menjadi jurutera profesional dan Menteri Besar Terengganu dalam satu masa

Saya masih ingat satu soalan dari guru kelas ketika berada di darjah satu Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh, Besut, Terengganu di minggu pertama persekolahan pada bulan Januari 1977.

Soal guru kelas kepada kami semua, “Apa cita-cita kamu, cikgu nak tulis dalam buku peribadi setiap murid”.

Jawapan saya waktu itu, “Cikgu, saya nak jadi ENGINEER”.

Jawapan yang mungkin naif pada usia mentah, atas apa jua sebab saya pada waktu itu.

Selepas puluhan tahun berlalu, hari ini saya menerima keputusan permohonan saya sebagai ‘Professional Engineer – atau Ir.’

Selepas selesai menjalani proses yang sepatutnya di Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia) sebagaimana di bawah REGISTRATION OF ENGINEERS ACT 1967, REGISTRATION OF ENGINEERS REGULATIONS 1990 (REGULATION 19).

MB Terengganu kini rasmi bergelar Professional Engineer

Alhamdulillah, saya dengan rasminya turut bersama dengan keluarga jurutera profesional di Malaysia yang bilangannya hampir 8000 orang ketika ini.

Walaupun menjawat tugas eksekutif tertinggi di negeri ketika ini, saya tetap berusaha menjalani proses untuk menjadi jurutera profesional sebagai satu motivasi diri sendiri untuk lebih baik di masa depan.

Juga motivasi kepada semua anak-anak yang masih di alam persekolahan atau universiti untuk teruskan berusaha memajukan diri, cabaran akan tiba untuk menguji kita.

Itulah yang membezakan sama ada kita mampu menjadi yang terbaik atau tidak.

https://www.facebook.com/DrAhmadSamsuri/posts/pfbid07DG4D8MgcVAEnW4KysAqXXX9bGKkEdtF3ngCBQpkGUy9FWV2mzAqL65mREco5iyNl

Semoga perkongsian yang dibuat oleh Menteri Besar Terengganu ini menjadi pemangkin semangat kepada kita semua untuk mengejar impian masing-masing.

BACA: Tanah Runtuh Di Taman Bunga Raya, Penghuni Berhampiran Diarah Kosongkan Kediaman

Sumber: Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.