Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
berlian botswana
Gambar: Lucara Diamond Corporation

Berlian 2,492 Karat Ditemui Di Botswana, Kedua Terbesar Di Dunia

Azizah Najib

Berlian 2,492 Karat Ditemui Di Botswana, Kedua Terbesar Di Dunia

Vancouver, Kanada – Sebiji berlian bersaiz sebesar tapak tangan dengan berat 2,492 karat ditemui di sebuah lombong milik Lucara Diamond Corporation, Lombong Berlian Karowe di Botswana pada 21 Ogos lalu.

Menurut BBC, berlian ini merupakan berlian kedua terbesar selepas berlian Cullinan seberat 3,106 karat. Berlian tersebut ditemui di Afrika Selatan pada 1905.

Lombong Karowe ini terletak kira-kira 500 kilometer di utara ibu kota Botswana, Gaborone. Dengan penemuan ini, kerajaan Botswana mengumumkan ia berlian terbesar yang pernah ditemui di negeri tersebut.

Botswana merupakan salah satu pengeluar berlian terbesar di dunia dengan menyumbang kira-kira 20 peratus daripada pengeluaran global. Sebelum ini, berlian seberat 1,758 karat pernah ditemui di lombong yang sama pada tahun 2019. Berlian ini dikenali sebagai Berlian Louis Vuitton Sewelô apabila ia dibeli oleh syarikat tersebut pada 2020 dengan harga yang dirahsiakan, lapor Robb Report.

BACA: Kenali Pelantar Minyak Troll A, Binaan Paling Tinggi Pernah Dipindahkan Ke Laut

Menurut Lucara, berlian ini ditemui menggunakan teknologi Pemancaran X-ray Penemuan Berlian Mega (Mega Diamond Recovery X-ray Transmission – MDR XRT). Teknologi ini diguna pakai bagi mengenal pasti dan memelihara berlian bersaiz besar dan bernilai tinggi.

Gambar: Lucara Diamond Corporation

Presiden dan CEO Lucara, William Lamb berkata penemuan berlian ini menyokong pelaburan strategik syarikat dalam teknologi XRT.

“Kami sangat gembira dengan pemulihan berlian 2,492 karat yang luar biasa ini. Penemuan ini bukan sahaja mempamerkan potensi luar biasa Lombong Karowe kami, tetapi turut menyokong pelaburan strategik kami dalam teknologi XRT termaju.

BACA: Ronaldo Lancar Saluran YouTube, Raih 1 Juta “Subscribers” Dalam Tempoh Sejam

“Keupayaan untuk mendapatkan semula batu yang besar dan berkualiti tinggi yang utuh menunjukkan keberkesanan pendekatan kami terhadap pemulihan berlian dan komitmen kami untuk memaksimumkan nilai untuk pemegang saham dan pemegang kepentingan kami.

“Penemuan ini mengukuhkan kedudukan Karowe sebagai lombong berlian yang benar-benar bertaraf dunia dan menyerlahkan kejayaan berterusan strategi pembangunan operasi dan bawah tanah kami,” katanya.

Setakat ini, nilai berlian tersebut masih belum diumumkan.

Sumber: Lucara Diamond, BBC, Robb Report