Siakap Keli
green day datang malaysia
Gambar: Green Day via Instagram

Green Day Umum Bakal Adakan Konsert Di Malaysia

Green Day Umum Bakal Adakan Konsert Di Malaysia

Kumpulan rock Amerika Syarikat, Green Day mengumumkan bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada 18 Februari 2025, bertempat di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur.

Pengumuman tersebut disiarkan di laman Facebook Green Day hari ini.

Terkenal menerusi lagu American Idiots, kumpulan rock yang dibentuk pada 1986 ini merupakan antara kumpulan rock terlaris sepanjang zaman dengan jualan album melebihi 75 juta seluruh dunia. Kumpulan ini juga pernah memenangi Anugerah Grammy sebanyak empat kali dengan 17 pencalonan sebelum ini.

Kehadiran kumpulan ini di Malaysia merupakan salah satu destinasi bagi Green Day The Saviors Tour yang bakal menampilkan kumpulan rock wanita, The Linda Lindas, dan kumpulan rock alternatif, The Smashing Pumpkins. Konsert ini turut menampilkan kumpulan rock punk, Rancid.

BACA: Berlian 2,492 Karat Ditemui Di Botswana, Kedua Terbesar Di Dunia

Indonesia dan Jepun turut tersenarai sebagai destinasi jelajah ini di Asia selain Dubai.

Berikutan pengumuman itu, penjualan tiket bakal bermula pada 27 September jam 11 pagi.

Dibawakan oleh Live Nation, para peminat kumpulan rock ini boleh mula membeli tiket konsert di menerusi laman Go Live Asia. Pengguna MasterCard mendapat kelebihan dengan pembelian awal pada 24 hingga 26 September 2024.

Kehadiran mereka nanti bagaikan mimpi menjadi realiti buat semua peminat di Malaysia kerana sudah menanti sejak sekian lama.

https://www.facebook.com/GreenDay/posts/pfbid08NKGgoQQUBcXFfsxQkKeSx6jRhFfvYPeXabNzkwh4TJFfttwyVZVYUM9wufKZcSyl

BACA: Ronaldo Lancar Saluran YouTube, Raih 1 Juta “Subscribers” Dalam Tempoh Sejam

Sumber: Green Day via Facebook, Grammy Awards, Green Day

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.