Siakap Keli
Penunggang Motosikal Terpelanting
Kredit: Sinar Harian

Penunggang Motosikal Cedera Akibat Tayar Lori ‘Terbang’ Di Jalan Raya

Penunggang Motosikal Cedera Akibat Tayar Lori “Terbang” Di Jalan Raya

Seorang penunggang motosikal dilapor cedera selepas terkena tayar sebuah lori yang terpelanting ketika melalui satu jalan.

Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di Jalan Syed Putra di Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian malang menimpa penunggang motosikal itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.46 pagi.

Hasil siasatan awal yang dijalankan pihaknya mendapati kemalangan tersebut berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut dan terpelanting lalu terkena motosikal.

Malah juga tayar berkenaan turut mengenai sebuah kereta yang berada di laluan sama.

Penunggang motosikal terpelanting, terkena tayar terbang 

“Penunggang motosikal berusia 55 tahun mengalami kecederaan ringan dan masih dalam rawatan hospital.

“Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Dalam pada itu, kes kini diklasifikasikan dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kejadian itu dirakam melalui dashcam

Terdahulu, video berdurasi 5 saat menerusi rakaman papan pemuka (dashcam) daripada kereta salah seorang mangsa memaparkan kejadian terbabit.

Berdasarkan video itu, dapat dilihat penunggang motosikal itu terpelanting selepas tayar lori berkenaan merempuhnya hingga menyebabkan motosikal mengalami kerosakan seperti kesan pecah.

https://x.com/SinarOnline/status/1827354778105758206

BACA: Tanah Jerlus: Ini Keadaan, Cabaran Sebenar Dihadapi Unit Selam Bomba

BACA: Polis Saran Peniaga Di Masjid India Tutup Premis Sementara, Elak Risiko Gas Beracun

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.