Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
keadaan unit selam tanah jerlus
Gambar: TikTok alimaddia

Tanah Jerlus: Ini Keadaan, Cabaran Sebenar Dihadapi Unit Selam Bomba

Athirah

Tanah Jerlus: Ini Keadaan, Cabaran Sebenar Dihadapi Unit Selam Bomba

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India semalam memasuki hari kedua hari ini.

Begitupun, operasi SAR yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berdepan dengan pelbagai kesukaran.

Ini termasuklah kewujudan gas beracun yang ada di dalam pembetung yang boleh membahayakan keselamatan pasukan penyelamat.

BERNAMA melalui satu hantaran sebentar tadi turut berkongsi cabaran yang ditempuhi oleh anggota selam unit skuba JBPM yang terlibat dalam operasi SAR tersebut.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat beberapa orang anggota pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus melaksanakan operasi tersebut di dalam ruang yang sempit.

Keadaan & cabaran sebenar dihadapi unit selam bomba cari mangsa tanah jerlus

Antara situasi yang dihadapi mereka termasuklah arus deras (3 knot) dan tahap penglihatan sifar, sekaligus menyukarkan usaha pencarian mangsa.

Selain itu, faktor ruang pencarian yang terhad dan berada di bawah tanah juga menyukarkan pergerakan anggota pasukan operasi SAR.

Terdahulu, meskipun arus tidak terlalu deras dan paras air tidak terlalu tinggi, kehadiran gas beracun dalam pembetung boleh mengancam keselamatan pasukan operasi SAR yang terlibat, lapor Astro Awani.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kuala Lumpur, Fatta M Amin berkata, hanya seorang anggota dibenarkan masuk ke ‘manhole’ bagi mencari mangsa kejadian tanah jerlus.

Ia selepas pihaknya mengambil kira situasi dan keadaan di kawasan pencarian yang boleh membahayakan anggota penyelamat.

Gas beracun dalam pembentung bahayakan keselamatan pasukan pencari

“Dalam pembetung, saiznya agak besar tapi bagi mengelak kecelakaan berlaku, kita letakkan seorang pegawai sahaja untuk masuk ke situ.

“Sebab bawah itu penuh dengan gas beracun. Anggota yang masuk pun pakai sut lengkap supaya tiada gas beracun dihidu anggota bertugas,” katanya.

Manakala Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman pula menyeru orang awam supaya tidak mengunjungi kawasan kejadian untuk sementara waktu ini.

“Kita minta kerjasama daripada orang awam untuk berikan ruang kepada pihak berkuasa jalankan operasi pencarian.

“Kita juga ingin beri nasihat kepada peniaga untuk menutup perniagaan sementara.

“Kita hendak elakkan gas yang berada di ‘manhole’ ini kerana kita bimbang ia akan beri kesan tidak baik kepada kesihatan mereka,” ujar Sulizmie.

BACA: Operasi Cari Mangsa Tanah Jerlus Bahaya Kerana Ada Gas Beracun Dalam Pembetung

Sumber: BERNAMA, alimaddia