Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Elak Monyet Punca Kereta Hilang Kawalan, Terjunam Dalam Parit
Kereta dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam parit besar yang dipenuhi air mengakibatkan enam sekeluarga berdepan detik cemas.
Menurut Sinar Harian, insiden dilaporkan berlaku di Kilometer 15, Jalan Selama-Bagan Serai pada Sabtu lalu, sekitar jam 3.45 petang.
Dalam kejadian terbabit, kereta jenis Proton Iriz dipandu oleh seorang wanita terlibat kemalangan hingga terjunam dalam parit.
Difahamkan, wanita itu turut bersama lima penumpang, termasuk empat kanak-kanak yang berusia antara satu hingga 13 tahun.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff, memaklumkan bahawa kesemua mangsa dalam perjalanan dari Selama menuju ke Bagan Serai ketika kemalangan tersebut berlaku.
Menurut beliau, insiden ini berlaku apabila kenderaan tersebut cuba mengelak sekumpulan monyet sebelum hilang kawalan dan terbabas.
“Kereta berkenaan melanggar sebatang tiang elektrik dan terjatuh dalam parit di sebelah kanan jalan.
“Kesemua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan dibawa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Parit Buntar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, kesemua mangsa dibenarkan pulang pada hari yang sama selepas pemeriksaan mendapati tiada kecederaan serius yang dialami.
Beliau juga menyatakan bahawa kes ini disiasat di bawah Kaedah 10, Peraturan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 166/59.
Sebelum ini, video berdurasi 35 saat yang menunjukkan tindakan berani dua lelaki berenang untuk menyelamatkan semua mangsa kemalangan sebelum kereta tersebut tenggelam, tular di media sosial.
BACA: Operasi Flushing Lurang Kira-Kira 50 Meter Dari Lokasi Tanah Jerlus Bermula Pagi Ini
BACA: Terbabas Langgar Penghadang Jalan, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Tunggu Bantuan
BACA: Video Tular Orang Awam Selamatkan Mangsa Kereta Terbabas Jatuh Parit
Sumber: Sinar Harian