Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
arkitek masjid negara meninggal
Gambar: Sinar Harian

Arkitek Utama Masjid Negara Meninggal Dunia

Azizah Najib

Arkitek Utama Masjid Negara Meninggal Dunia

Shah Alam, Selangor – Arkitek utama Masjid Negara, Datuk Baharuddin Abu Kassim telah meninggal dunia pada usia 95 tahun, hari ini, lapor Sinar Harian.

Perkhabaran pemergian Allahyarham ini dikongsikan oleh bekas Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Profesor Sarly Adre Sarkum menerusi laman media sosial, Facebook.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1112766850421954&set=a.766736128358363&type=3&ref=embed_post

“Kita kehilangan seorang tokoh yang disegani dalam komuniti seni bina, Datuk Baharuddin Abu Kassim.

“Beliau seorang arkitek negara dan tokoh yang sumbangannya membentuk struktur alam bina kita,” ujarnya.

BACA: Kenali Pelantar Minyak Troll A, Binaan Paling Tinggi Pernah Dipindahkan Ke Laut

Menurut Sarly, reka bentuk Masjid Negara ini menterjemahkan visi dan dedikasi beliau. Ia bakal menjadi inspirasi generasi arkitek dan rakyat Malaysia.

Beliau turut memanjatkan doa agar Allahyarham ditempatkan di syurga tertinggi dan turut mendoakan ahli keluarga Allahyarham diberi kesabaran dan kekuatan menghadapi kehilangan ini.

Masjid Negara dibina bermula tahun 1963 dengan kerjasama tiga orang arkitek dari Bahagian Rekabentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Allahyarham bekerjasama dengan Howard Ashley dan Allahyarham Datuk Dr Ikmal Hisham Albakri.

BACA: Elaun Untuk Anak & Cuti 3 Hari Seminggu, Ini 4 Negara “Best” Ramai Pekerja Suka

Mendapat pendidikan di University of Manchester, Allahyarham menamatkan pengajiannya dalam Diploma Architecture pada tahun 1956 dan Diploma Town Planning pada tahun 1958. Allahyarham memulakan langkah rasminya sebagai arkitek pada 1958 apabila dilantik menjadi Penolong Pegawai Perancang Bandar di Jabatan Perancang Bandar Persekutuan selama setahun.

Pada 1959, Allahyarham menjalankan tugasnya sebagai Penolong Arkitek di Jabatan Kerja Raya, yang kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Arkitek Kanan. Sepanjang perkhidmatannya dalam jabatan kerajaan, Allahyarham pernah dilantik menjadi salah seorang Penilai bagi Pertandingan Senibina Kebangsaan Masjid Negeri Sembilan.

Pada 1965 pula, Allahyarham dilantik oleh Arkitek Perunding Kerajaan Malaysia untuk projek Suruhanjaya Tinggi di New Delhi, India dan Islamabad, Pakistan.

Setelah menamatkan perkhidmatannya dalam jabatan kerajaan, Allahyarham menjadi rakan kongsi dalam syarikat Malayan Architects Co-Partnership. Allahyarham turut menjadi rakan pengasas syarikat Jurubena Bertiga yang kemudiannya dikenali dengan nama Jurubena Bertiga International Partnership.

BACA: Petanda Awal “Sinkhole”, Ini Yang Perlu Anda Perhatikan

Sumber: Sinar Harian, Architecture File, Direktori Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)