Siakap Keli
perceraian syamsul ira ditunda
Sumber: Astro Gempak

Sebutan Kes Perceraian Syamsul, Ira Terpaksa Ditunda

Sebutan Kes Perceraian Syamsul, Ira Terpaksa Ditunda

Peguam, Azmi Mohd Rais, yang mewakili pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, memaklumkan bahawa Syamsul sudah bersedia melepaskan isterinya, Ira Kazar, hari ini.

Bagaimanapun, Azmi menjelaskan bahawa sebutan kes perceraian Syamsul dan Ira tersebut terpaksa ditunda dan dilanjutkan pada tarikh baharu.

Difahamkan, Ira Kazar baru sahaja melantik peguam dan tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor.

“Hari ini sepatutnya Syamsul dah bersedia untuk melepaskan Ira. Tapi saya dimaklumkan pada malam tadi, Ira baru saja melantik peguam dan tidak dapat hadirkan diri untuk sebutan kes hari ini.

“Apa-apa pun, kita tunggu keputusan mahkamah dan kemungkinan hakim menetapkan tarikh baharu untuk sebutan kes.

“Sekiranya Ira tidak bersetuju untuk bercerai, kes berkemungkinan akan dilanjutkan ke proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP),” ujarnya seperti dilapor Astro Gempak pada Selasa.

Terdahulu, Azmi mengesahkan bahawa Syamsul Yusof telah memfailkan permohonan cerai terhadap Ira Kazar pada 19 Ogos lalu.

Untuk info, pernikahan dengan Ira Kazar merupakan perkahwinan kedua buat Syamsul, atau nama penuhnya Mohd Shamsul Md Yusof.

Sebelum ini, beliau telah bercerai dengan Puteri Sarah, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, pada 14 Jun 2023.

Syamsul dan Puteri Sarah telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua anak.

Anak-anak mereka ialah Syaikhul Islam yang berusia 6 tahun, dan Sumayyah yang berusia 4 tahun.

Pada 6 Januari tahun ini, Syamsul akhirnya menjawab spekulasi mengenai hubungannya dengan Ira Kazar dengan mengesahkan bahawa mereka telah bernikah di Thailand.

BACA: Syamsul Yusof Kongsi Berita Gembira, Sah Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand

BACA: Syamsul Yusof Sah Ceraikan Puteri Sarah Talak Satu

BACA: Syamsul Yusof Sah Fail Cerai Terhadap Ira Kazar

Sumber: Astro Gempak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.