Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Bayar Roti Dengan Senyuman, Lelaki Ini Kongsi Rezeki Di Lampu Isyarat
Selalu kita dengar ungkapan senyum itu seindah suria. Dengan senyuman yang manis juga kita dapat berkenalan malah mampu memberikan keceriaan dan rasa bahagia kepada sesiapa sahaja. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menjadikan senyuman terukir di wajah seseorang, antaranya berjenaka, memberikan pujian atau juga hadiah.
Senyuman di pagi permulaan minggu sangat diperlukan terutamanya bagi menghapus suasana Monday blues. Tidak menggunakan cara yang cliche, pemuda ini dapat menyebarkan senyuman bukan sahaja kepada orang di sekelilingnya, malah ke seluruh dunia maya.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan seorang pemuda dari Indonesia membawa sekotak penuh roti.
Roti ini kemudiannya diberi kepada orang ramai ketika berhenti di lampu isyarat. Tanpa meminta sebarang bayaran, pemuda ini mengambil sekuntum senyuman sebagai tukaran untuk satu pek roti yang dibawanya.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan pemuda tersebut memberikan roti kepada penunggang motosikal di sekelilingnya. Malah, ada penghibur jalanan yang turut menerima roti daripada pemuda tersebut. Senyuman tidak hanya diukir oleh penerima roti, malah si pemberi turut menguntum senyuman manis sambil menghulurkan roti.
Menerusi bebarapa komen di video, pemuda ini dipercayai merupakan mahasiwa di Universitas Muhammadiyah Bandung (UM Bandung) yang dikenali sebagai Rachmadi. Malah, pihak UM Bandung sendiri turut mengiyakan perkara tersebut.
“Mahasiswa UMBandung buat admin terharu! Memang juara, Rachmadi UMBandung,” katanya.
BACA: Malaysia Terima Lebih 1.4 Juta Pelancong China Setakat Jun
Ini kata-kata yang tertulis di kotak berisi roti yang dibawanya.
“Mahasiswa yang sesungguhnya seperti ini, terdidik dan bermanfaat bagi orang lain. Sihat (selalu) ya,” ucap seorang warga maya.
“Anak muda (sifatnya) seperti ini, benar-benar membuat kebaikan,” puji seorang lagi warga maya terhadap amal kebajikan pemuda tersebut.
“Jangan letih untuk menyebarkan kebahagiaan, jangan letih untuk selalu berbuat kebaikan,” pesan seorang warga maya.
“Begitu bersederhana, tetapi sangat bermanfaat. Dapat buatkan orang tersenyum. Terima kasih bang memberi inspirasi. Tidak perlu kaya untuk saling memberi. Sedekah tidak membuatkan kita jatuh miskin,” ujar seorang lagi warga maya yang kagum dengan usaha pemuda itu.
Sumber: Yamaha Jawa Barat via TikTok