Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
mariah carey
Kredit: Instagram Mariah Carey

Pilu, Ibu & Kakak Mariah Carey Meninggal Dunia Hari Sama 

Azizah Najib

Pilu, Ibu & Kakak Mariah Carey Meninggal Dunia Hari Sama

Amerika Syarikat – Ibu dan kakak kepada penyanyi Hollywood, Mariah Carey dilaporkan meninggal dunia pada hari yang sama.

Menurut BBC, berita duka itu disampaikan Mariah tanpa penerangan lanjut mengenai punca kematian kedua-dua ahli keluarganya itu.

“Hati saya hancur kerana saya kehilangan ibu saya pada hujung minggu lalu.

“Malangnya, dalam satu kejadian yang tragis, kakak saya kehilangan nyawanya pada hari yang sama,” katanya.

BACA: Arkitek Utama Masjid Negara Meninggal Dunia

Mariah turut menyatakan kesyukurannya diberi kesempatan dan menemani ibunya pada minggu yang sama setelah menamatkan jelajah The Celebration of Mimi pada musim panas di Las Vegas, awal Ogos lalu. ‘Mimi’ merupakan nama gelaran yang digunakan oleh penyanyi bertaraf antarabangsa itu.

Ibunya yang merupakan bekas penyanyi opera dan jurulatih vokal berketurunan Ireland-Amerika, Patricia Carey, menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 87 tahun. Manakala mendiang kakak Mariah pula, Alison yang berusia 63 tahun, dilaporkan menerima rawatan di hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Menerusi memoir 2020 miliknya, The Meaning of Mariah Carey, penyanyi tersebut ada berkongsi secara terperinci mengenai hubungan rumit antara dia dan mendiang ibunya. Menurutnya, situasi tersebut menyebabkan dirinya dalam keadaan teramat sakit dan keliru.

BACA: Polis Siasat Penemuan Mayat Terbakar Berhampiran Stesen KTM Serdang

Namun, penyanyi yang memenangi Anugerah Grammy sebanyak lima kali ini turut menulis tentang kasih sayang terhadap ibunya.

“Kepada ibu saya Pat, yang saya percaya telah lakukan sebaik mungkin dalam segalanya. Saya akan sentiasa menyayangi ibu semampu saya, sentiasa,” ucapnya.

Terdahulu, bapa kepada Mariah, Alfred Roy Carey telah meninggal dunia pada 2002 disebabkan kanser di usia 72 tahun. Dengan kehilangan ketiga-tiga ahli keluarganya, Mariah kini hanya mempunyai abangnya, Morgan Carey, bekas model yang sudah berusia 64 tahun.

Sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi, Mariah mencipta rekod apabila lagu sempena Krismas yang bertajuk All I Want For Christmas Is You menjadi single terlaris oleh artis wanita sepanjang zaman.

Sumber: BBC, Mariah Carey via Instagram

BACA JUGA: Elaun Untuk Anak & Cuti 3 Hari Seminggu, Ini 4 Negara “Best” Ramai Pekerja Suka