Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Gambar: BERNAMA

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Athirah

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Ringgit dibuka kukuh pada 4.33 berbanding dolar US hari ini walaupun data ekonomi Amerika Syarikat (AS) lebih baik daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.3350/3500 berbanding dolar US 4.3460/3500 ketika ditutup pada Selasa.

Pada 10 Februari 2023, ringgit ditutup pada paras tertinggi, 4.3320/3350.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Keyakinan Pengguna AS dilaporkan oleh Lembaga Persidangan meningkat kepada 103.3 mata pada Ogos berbanding anggaran konsensus 100.9 mata.

“Walaupun laporan itu menunjukkan bahawa pengguna AS secara amnya positif mengenai ekonomi, Ketua Ahli Ekonomi Lembaga Persidangan itu mencadangkan supaya pengguna berhati-hati terhadap keadaan pasaran buruh yang seiring dengan peningkatan kadar pengangguran baru-baru ini kepada 4.3 peratus pada bulan Julai ,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) merosot 0.3 peratus kepada 100.552 mata manakala nota Perbendaharaan AS dua tahun jatuh sebanyak empat mata asas kepada 3.90 peratus, menunjukkan bahawa jangkaan penurunan kadar faedah AS kekal.

“Secara keseluruhannya, situasi global sepatutnya positif untuk ringgit memandangkan penurunan kadar faedah AS yang mungkin berlaku akan mengecilkan jurang antara Kadar Dana Fed dan Kadar Dasar Semalaman (OPR),” katanya.

Selain itu, beliau berkata beberapa bank pelaburan global telah menaikkan penarafan negara mereka untuk Malaysia, ia boleh memacu lebih banyak dana asing ke dalam negara seterusnya mewujudkan permintaan untuk mata wang tempatan dengan berkesan.

Penarafan terbaharu terhadap Malaysia adalah daripada Nomura Group, bank pelaburan dan pembrokeran terbesar Jepun, menaik taraf penarafan Malaysia kepada “Overweight” memandangkan asasnya kukuh dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua yang kukuh.

Paras sokongan serta-merta RM4.3000 nampaknya menjadi hala tuju ringgit pada masa ini, katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding beberapa mata wang utama dan mata wang negara ASEAN.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7460/7659 daripada 5.7511/7564 ketika ditutup pada Selasa, naik berbanding euro kepada 4.8452/8620 daripada 4.8532/8576 pada penutupan semalam bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0115/0221 daripada 3.0006/0035 sebelumnya.

Ringgit melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.3308/3428 daripada 3.3331/3364 ketika ditutup semalam dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 279.7/280.8 daripada 280.4/280.8 sebelum itu.

Unit domestik naik berbanding peso Filipina kepada 7.70/7.73 berbanding 7.72/7.73 pada penutupan Selasa tetapi merosot berbanding baht Thailand kepada 12.7699/8235 daripada 12.7523/7712 semalam.

BACA: Tanah Mendap Berlaku Berdekatan Lokasi Tanah Jerlus Di Jalan Masjid India

Sumber: BERNAMA