Siakap Keli
elak masuk kawasan sar
Kredit: BERNAMA

Polis Sekali Lagi Ingatkan Orang Ramai Elak Masuk Kawasan SAR Di Jalan Masjid India

Polis Sekali Lagi Ingatkan Orang Ramai Elak Masuk Kawasan SAR Di Jalan Masjid India

KUALA LUMPUR, 29, Ogos (Bernama) — Polis sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India kerana ia boleh mengganggu usaha pencarian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata mereka juga perlu mengelak daripada memasuki kawasan itu susulan satu lagi insiden mendapan tanah semalam hingga menyebabkan jalan di sepanjang Masjid India terpaksa ditutup.

BACA: ABIM Sahkan Lelaki Peluk Islam Selepas Tragedi Tanah Jerlus

Elak masuk kawasan SAR, kawasan yang tidak dibenarkan.

“Saya juga ingin nasihatkan semua supaya patuhi nasihat anggota polis, jangan sewenang-wenangnya melalui kawasan yang tidak dibenarkan. Lanjutan mendapan kedua semalam, saya tak mahu ada apa-apa berlaku,” katanya pada sidang media di Jalan Masjid India hari ini.

BACA: Bayar Roti Dengan Senyuman, Lelaki Ini Kongsi Rezeki Di Lampu Isyarat

Pada Jumaat lepas, mangsa yang dikenali sebagai G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus itu.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan menuju ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku.

Sumber: BERNAMA

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.