Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
abim sahkan saudara baru
Kredit: BERNAMA

ABIM Sahkan Lelaki Peluk Islam Selepas Tragedi Tanah Jerlus

Azizah Najib

ABIM Sahkan Lelaki Peluk Islam Selepas Tragedi Tanah Jerlus

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), mengesahkan pengislaman seorang saudara baru selepas tragedi tanah jerlus di Jalan Masjid India minggu lalu.

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan penularan maklumat berkenaan di aplikasi WhatsApp.

Menerusi mesej yang tersebar, seorang lelaki India yang duduk di kerusi dan sempat menyelamatkan diri didakwa telah memeluk agama Islam selepas kejadian terbabit.

BACA: Tanah Mendap Di Kampung Attap Gambar Lama – DBKL

Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata individu itu mengucapkan lafaz syahadah di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

ABIM turut menegaskan mempunyai agama merupakan hak dan fitrah semula jadi manusia. Justeru tindakan lelaki tersebut merupakan secara sukarela.

“ABIM memohon agar semua pihak memberi ruang kepada saudara baru ini bertenang, menghormati privasi dan mendoakan kebaikan beliau.

BACA: DBKL Sahkan Kejadian Longkang Runtuh Di Kampung Kerinchi

“Semoga kita semua mendapat hidayah daripada Allah Subhanahu wa-Ta’ala, serta istiqamah dalam mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

“ABIM mengajak semua umat Islam untuk terus menyebarkan keindahan Islam, selanjutnya meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala,” katanya.

Menerusi kenyataan yang sama, ABIM turut mengajak semua umat Islam mendoakan urusan operasi carilamat mangsa tanah jerlus.

“Dalam masa sama, ABIM juga mendoakan agar operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Masjid India dipermudahkan, dan menzahirkan rasa simpati buat keluarga mangsa,” ujarnya lagi.

Terdahulu, satu kejadian tanah jerlus telah berlaku di laluan pejalan kaki berhadapan Malayan Mansion telah menyebabkan seorang pelancong warga India terjatuh dan masih hilang hingga kini. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak dengan pelbagai kaedah telah digunakan.

Sehingga kini, mangsa masih belum dijumpai.

Menerusi CCTV yang memaparkan kejadian terbabit, terdapat beberapa individu sedang duduk di atas kerusi hampir terjatuh ke dalam tanah jerlus. Namun mereka berjaya menyelamatkan diri.

Sumber: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)