Siakap Keli
tanah mendap gambar lama
Kredit: BERNAMA

Tanah Mendap Di Kampung Attap Gambar Lama – DBKL

Tanah Mendap Di Kampung Attap Gambar Lama – DBKL

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Gambar kes tanah mendap di sekitar Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap yang tular hari ini merupakan gambar lama, kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

“Dimaklumkan bahawa gambar itu merupakan gambar lama dan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan di jalan terbabit telah dijalankan.

BACA: DBKL Sahkan Kejadian Longkang Runtuh Di Kampung Kerinchi

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi berita yang tidak sahih kerana ianya boleh menimbulkan kegelisahan awam,” DBKL memaklumkan dalam kenyataan itu.

Terdahulu, tular satu hantaran di laman media sosial Facebook ‘Motoqar’ yang memaparkan sekeping gambar jalan mendap dengan kehadiran beberapa anggota dipercayai daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

BACA: Dilapor Hilang Sejak Ahad, Lelaki Ditemui Lemas

Sumber: BERNAMA

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.