Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Hanif Hamzah Bahasa Inggeris
Gambar: TikTok @hanifhamzah

Ramai Tanya Macam Mana Fasih Bertutur Bahasa Inggeris, Ini Jawapan Hanif Hamzah

Iqbal Yasir

Ramai Tanya Macam Mana Fasih Bertutur Bahasa Inggeris, Ini Jawapan Hanif Hamzah

Kebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris merupakan salah satu kelebihan dan nilai tambah terhadap seseorang individu.

Lebih-lebih lagi, ia merupakan bahasa pengantar utama yang digunakan oleh kebanyakan orang luar untuk berkomunikasi.

Jadi, tidak hairan mengapa bahasa ini turut diajarkan terhadap murid-murid di negara ini sejak di bangku sekolah lagi.

Sebelum ini, media melaporkan penyampai radio, Hanif Hamzah mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan di stesen radio Era.

Tidak lama selepas itu, beliau menjadi penyampai radio di Fly FM dan perkara itu menjadi topik hangat dałam kalangan warga maya susulan menyedari Hanif fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

Kefasihan Hanif bertutur dalam bahasa kedua di negara ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen, malah ada yang beranggapan penyampai radio itu pernah melanjutkan pelajaran di luar negara.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Hanif berkata beliau hanya melanjutkan pelajaran di dalam Malaysia sahaja.

“Sebenarnya saya tak belajar jauh pun, tiada ijazah di luar negara. Saya ni diploma (Malaysia) sahaja.

“Kalau ikut belajar paling jauh pun saya pernah pergi di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Itu paling jauh sekali dari Kuala Lumpur,” katanya yang sekaligus merungkai persoalan netizen.

Sejak kecil bercakap bahasa Inggeris

Mengulas lebih lanjut, Hanif berkata penggunaan bahasa tersebut telah dilatih sejak kecil di rumah oleh kedua ibu bapanya.

“Mak saya seorang yang belajar di tahap yang tinggi, sekolah menengah di Kolej Tunku Kurshiah dan universiti pun di luar negara. Jadi, di rumah mak boleh cakap loghat Kelantan, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

“Manakala bapa saya pula yang berasal dari Johor merupakan seorang tentera pada tahun 1968 dan saya percaya ketika itu askar-askar masih menggunakan bahasa Inggeris.

“Ayah saya banyak bercakap dalam Bahasa Inggeris sehinggakan kalau dekat rumah ayah akan marah dalam Bahasa Inggeris juga.

“Jadi, sepanjang saya membesar, kami satu keluarga bercakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris,” jelasnya dalam klip itu.

Dalam pada itu, Hanif berkata jika ada yang mahu mempelajari bahasa Inggeris, boleh mempelajari dengan menonton televisyen yang menjadikan bahasa tersebut sebagai bahasa utama.

Selain itu, orang ramai juga boleh mencari bahan bacaan yang menggunakan bahasa Inggeris.

Sumber: TikTok @hanifhamzah

BACA JUGA: Wan Kuzain, Mats Deijl Bakal Sarung Jersi Harimau Malaya