Siakap Keli
rotiboy tutup cawangan klcc
Kredit: FB Suria KLCC

21 Tahun Beroperasi, Rotiboy Umum Bakal Tutup Cawangan KLCC

21 Tahun Beroperasi, Rotiboy Umum Bakal Tutup Cawangan KLCC

Rotiboy mengumumkan penutupan cawangan ikoniknya di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) buat selama-lamanya bermula 8 September depan.

Dalam kenyataan di Facebook, Rotiboy menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pekerja dan pelanggan yang telah memberikan sokongan kepada mereka selama ini.

“Kepada peminat dan penyokong Rotiboy, terima kasih atas sokongan anda menemani Rotiboy KLCC selama 21 tahun ini. Terima kasih kerana membenarkan kami menjadi sebahagian daripada pertumbuhan anda dari zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa.

BACA: Kuala Lumpur Antara 100 Teratas Kluster Sains Dan Teknologi Terbaik Dunia

“Kepada rakan sekerja Rotiboy KLCC, terima kasih atas sumbangan dan pengorbanan saudara dan saudari buat 21 tahun ini. Sekarang sudah tiba masanya untuk saudara dan saudari menimba pengalaman baru di lokasi Rotiboy yang lain.

“Segala yang baik akan berakhir juga bagi membuka peluang untuk mencapai sesuatu yang lebih berprestasi dan lebih baik. Namun begitu, adalah dengan keberatan hati dan dukacitanya, kami mengumumkan bahawa Rotiboy KLCC akan ditutup selama-lamanya dari 8 September 2024,” katanya.

BACA: Cara Jalan-Jalan Naik Bas Teroka ‘Hidden Gems’ Di Malaysia Dengan Diskaun Sehingga 67%

Tutup selamanya, kongsikan kenangan anda di Rotiboy KLCC

Menerusi kenyataan yang sama, syarikat berkenaan turut mengajak para peminat Rotiboy untuk kongsikan kenangan manis mereka di cawangan berkenaan.

“Sebelum kita berpisah, sila kongsikan bersama kami jika anda mempunyai apa-apa kenangan manis di cawangan ini kerana ia amat bermakna kepada kami.

“Muat naik gambar, video atau ucapan anda dengan hashtag #goodbyerotiboyklcc dan jangan lupa untuk tag kami di caption,” tambahnya.

rotiboy klcc tutup
Kredit: Rotiboy Malaysia

BACA: Percuma Je, Ini Cara Pergi Ke Dataran Putrajaya Guna Shuttle Bus

Dalam pada itu, Rotiboy telah mengadakan pembukaan rasmi cawangan terbaru mereka di Elmina Lakeside Mall, Shah Alam. Pembukaan cawangan berkenaan dilihat mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat.

https://www.facebook.com/RotiboyMalaysia/posts/pfbid0d6kqpRfM27D5huJ5G3TAQUMAH2mxtvJGQqXDJsC8xSYqHTynGpEtuv5rqUQ4PWMPl

Diasaskan pada tahun 1998 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Rotiboy merupakan jenama roti tempatan yang mengembangkan sayapnya pada 2001. Sehingga kini, ia menjadi salah satu makanan yang digemari rakyat Malaysia.

Sumber: Rotiboy Malaysia, Rotiboy Bakeshoppe

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.