Percuma Je, Ini Cara Pergi Ke Dataran Putrajaya Guna Shuttle Bus
Tanggal 31 Ogos adalah detik penuh bersejarah buat rakyat Malaysia kerana pada ketika itulah negara menyambut Hari Kemerdekaan negara.
Tahun ini Putrajaya sekali lagi dipilih sebagai lokasi sambutan Kemerdekaan peringkat kebangsaan bertemakan “Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka”.
Antara tarikan pada tahun ini adalah penampilan 17,262 peserta dari 67 kontinjen, 36 pasukan pancaragam, 534 aset Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia serta 100 haiwan dalam perkhidmatan.
Sebagai anak Malaysia, sudah tentu ramai yang tidak ingin melepaskan peluang untuk melihat acara tahunan ini selain menzahirkan rasa cinta terhadap negara.
Tidak dinafikan, lautan manusia semestinya akan membanjiri perkarangan Putrajaya susulan ramai yang keluar pada satu masa.
Tidak terlepas juga, puluhan ribu kenderaan akan keluar pada satu masa sekaligus dan secara tidak langsung menyumbang kepada punca kesesakan.
Bagi mengurangkan kesesakan pada hari tersebut, SK hari ini akan berkongsikan perkhidmatan Shuttle Bus percuma yang ditawarkan semasa Sambutan Hari Kebangsaan 2024 nanti.
BACA JUGA: Komando Cilik, Pakaian Beragam “Special Force” Adik-adik Ni Curi Tumpuan
Menurut Merdeka360, terdapat tiga laluan yang bakal digunakan oleh perkhidmatan ini di oleh penduduk Putrajaya, iaitu, Laluan MS01, Laluan MS02 dan Laluan MS03 yang bermula seawal 30 Ogos pada jam 6 petang.
Laluan/lokasi pengambilan & turun
Bagi Laluan MS01, akan bermula dari jam 6.00 petang pada 30 Ogos 2024 sehingga jam 2.00 petang pada 31 Ogos 2024.
Orang ramai boleh menunggu bas dan turun di dua perhentian Lobi MRT Terminal Putrajaya Sentral (TPS), Presint 7 dan Jalan Tun Razak Presint 2.
Manakala Laluan MS02 akan bermula dari jam 4.00 pagi sehingga jam 2.00 petang pada 31 Ogos 2024.
Pengunjung boleh menunggu bas dan turun di dua stesen perhentian iaitu Level Mezzanine, Lobi Utama Putrajaya International Convention Centre (PICC) Presint 5 dan Jalan P4X Presint 4.
Laluan terakhir iaitu Laluan MS03 akan bermula dari jam 4.00 pagi sehingga jam 2.00 petang pada 31 Ogos 2024.
Orang ramai boleh menunggu bas dan turun di dua perhentian iaitu Taman Botani dan Bulatan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) Presint 1 dan i-Centre Dataran Putra, Presint 1.
Untuk maklumat, kekerapan bas adalah setiap 15 minit.

Jalan-Jalan Yang Ditutup
Menurut Bernama, sebanyak 10 jalan utama sekitar Putrajaya akan ditutup bermula dari 7 petang sehingga sambutan selesai.
Laluan tersebut termasuk Persiaran Barat dan Lebuh Sentosa (arah Lebuh Saujana), Lebuh Sentosa dan Jalan Presint 8 (arah Lebuh Wawasan), Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah susur ke Laman Perdana, Jalan Presint 18 (arah Lebuh Bestari), Jalan Presint 18, Lebuh Setia dan Lebuh Saujana (arah Jalan Tun Hussein) serta Jalan Presint 5 (arah Lebuh Gemilang Perdana).
Sehubungan itu, orang ramai diminta merancang perjalanan dengan berhati-hati selain mematuhi papan tanda keselamatan agar trafik lancar dan selamat.
Sumber: FB Merdeka360,