Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pasar malam jalan tar
Kredit: BERNAMA

Pasar Malam Lorong TAR Ditutup Esok Bagi Operasi SAR Di Jalan Masjid India

Azizah Najib

Pasar Malam Lorong TAR Ditutup Esok Bagi Operasi SAR Di Jalan Masjid India

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) — Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman esok akan ditutup sepenuhnya bagi memberi laluan kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India serta kerja-kerja ujian tanah.

BACA: Tanah Jerlus: Dua Kali Bomba ‘Selam’ Stesen Pam Sisa Kumbahan Cari Mangsa

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja ujian tanah dijalankan sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India bagi mengenal pasti kedudukan serta keselamatan jalan raya di lokasi kejadian tanah jerlus itu.

“Penutupan adalah perlu untuk memastikan keselamatan peniaga dan orang awam terjamin. Kegagalan untuk mematuhi arahan ini akan mengakibatkan tindakan tegas akan diambil, ke atas peniaga,” menurut kenyataan itu.

BACA: Polis Sekali Lagi Ingatkan Orang Ramai Elak Masuk Kawasan SAR Di Jalan Masjid India

Menerusi kenyataan berasingan, DBKL memaklumkan operasi SAR yang masuk hari kelapan diteruskan menggunakan alat Ground Penetrating Radar (GPR) dengan pencarian turut dilakukan pada sebelah malam.

“Pada masa sama, pihak Indah Water Konsortium membuat kerja membersihkan halangan dalam saluran paip kumbahan menggunakan kaedah jetting dan rodding,” katanya.

BACA: ABIM Sahkan Lelaki Peluk Islam Selepas Tragedi Tanah Jerlus

Kenyataan itu memaklumkan keadaan di lokasi pencarian adalah terkawal dan orang awam memberikan kerjasama yang baik dengan tidak memasuki kawasan yang telah dipasang tali keselamatan.

Pada 23 Ogos lepas, wanita warga India dikenali sebagai G.Vijaya Lakshmi, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Sumber: BERNAMA