Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
datuk zafrul isytihar kemerdekaan
Kredit: Tengku Zafrul via X
Tiada Kategori

Datuk Saya Yang Isytihar Kemerdekaan 1957 – Tengku Zafrul

Azizah Najib

Datuk Saya Yang Isytihar Kemerdekaan 1957 – Tengku Zafrul

Nama Tunku Abdul Rahman sudah semestinya dikenali oleh semua rakyat Malaysia. Susuk inilah yang menerima amanah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. Sambutan hari penuh bersejarah tersebut begitu gilang-gemilang dan dapat dilihat oleh generasi cucu cicit apabila peristiwa itu tersimpan dalam bentuk rakaman.

Seperti juga zaman sekarang, setiap negeri pasti mengadakan sambutan kemerdekaan tersendiri. Apatah lagi waktu dulu, kemerdekaan dari cengkaman penjajah sememangnya satu peristiwa yang dinanti-nanti setelah begitu banyak nyawa yang terkorban.

BACA: Percuma Je, Ini Cara Pergi Ke Dataran Putrajaya Guna Shuttle Bus

Jika Stadium Merdeka ada ‘Bapa Kemerdekaan’ sebagai insan terpilih untuk mengisytiharkan kemerdekaan yang dicapai, siapa pula yang membuat pengisytiharan itu di majlis sambutan kemerdekaan di negeri-negeri yang lain?

Hari ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah memuat naik sebuah video yang dapat menjawab persoalan ini. Siapa sangka, rupanya datuk Tengku Zafrul merupakan salah seorang yang isytihar kemerdekaan pada tahun 1957.

BACA: Tol Percuma Sebulan Di Lebuh Raya WCE Seksyen 1 Bermula Tengah Malam Ini

“Setiap kali 31 Ogos saya mesti teringat atuk saya. Atuk saya yang isytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

“Jangan silap. Atuk saya bukan Tunku Abdul Rahman. Arwah atuk saya namanya Raja Zainal Abidin. Atuk ketika itu Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1957,” katanya.

BACA: Paling Dinanti, Ramai Minta Unit K-9 Diberi “Screen Time” Lebih Masa Sambutan Merdeka

Rupa-rupanya, setiap negeri turut mempunyai wakil yang mengisytiharkan kemerdekaan ketika itu.

“Semua sultan termasuklah Raja Perlis time tu ada dekat Stadium Merdeka, semasa Tunku Abdul Rahman isytiharkan kemerdekaan. Jadi dekat peringkat negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri yang isytiharkan merdeka,” jelas Tengku Zafrul.

Dalam pada itu, Malaysia meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke-67. Dijangkakan ratusan ribu orang awam akan membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan perarakan Merdeka esok.

Sumber: Tengku Zafrul via X