Teruja Nak Sambut Merdeka, Orang Ramai Dah Penuhi Dataran Putrajaya
Keterujaan rakyat Malaysia menyambut ketibaan Hari Merdeka tahun ini terpapar apabila ramai yang sudah mula berkumpul di Dataran Merdeka.
Dengan adanya teknologi terkini, ramai yang mula mengadakan siaran langsung dari tempat duduk masing-masing menerusi pelbagai laman media sosial.
Ada pengguna media sosial yang berkata orang ramai telah memenuhi tempat duduk di Dataran itu sejak pukul 10 malam.
Menerusi siaran langsung di akaun TikTok RTM Malaysia Official, kelihatan orang ramai begitu gembira dan teruja menyaksikan sambutan Ambang Merdeka tahun ini.

Ada yang sempat mendapat tempat duduk di kerusi bertingkat, dan ada yang juga yang ‘berkampung’ di tepi jalan utama berhadapan bangunan-bangunan kerajaan.
BACA: Bahang Sambutan Kian Terasa, Pengunjung Dah Mula Penuhi Dataran Putrajaya Malam Ini
Selain berada di Dataran Putrajaya untuk menyaksikan persembahan bunga api, orang ramai turut berada di sana untuk ‘jaga tempat’ bagi menyaksikan perarakan pagi nanti.
BACA: Datuk Saya Yang Isytihar Kemerdekaan 1957 – Tengku Zafrul
Selain berada di Dataran Putrajaya, ada juga warga yang ‘berkampung’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk mendapatkan ‘view’ yang cantik.
Melihat sudut lain, ada juga pengguna TikTok yang merakam siaran langsung dari jauh dengan pemandangan Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas.

Seperti tahun sebelum ini, sambutan Hari Merdeka dijangka akan dihadiri oleh ratusan ribu orang. Mereka dapat menyaksikan pelbagai perarakan daripada pelbagai agensi dan persembahan menarik.
Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzi berkata sambutan itu dijangka akan berjalan lancar. Ia susulan raptai penuh sambutan itu berlangsung tanpa sebarang masalah, lapor Sinar Harian.
“Kita jangkakan segala persiapan ini akan membuahkan hasil yang cukup positif pada Sabtu nanti.
“Kita doakan semoga semua persiapan dan juga acara nanti berjalan dengan baik serta lancar,” katanya selepas menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2024 di sini hari ini.
Sumber: Jabatan Perdana Menteri via X, Facebook BERNAMA, TikTok Live