Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kemunculan Yang Dinanti-nanti
Kredit: @radiotelevisyenmalaysia via TikTok
Tiada Kategori

Unit K-9 Curi Tumpuan, Bergaya Tahun Ini Siap Pakai ‘Spek’

Athirah

Unit K-9 Curi Tumpuan, Bergaya Tahun Ini Siap Pakai ‘Spek’

Setiap tahun, antara acara yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia adalah perarakan sambutan Hari Kebangsaan.

Seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama akan berhimpun bersama-sama meraikan hari kemerdekaan tanah air itu, sambil menunjukkan semangat patriotik masing-masing.

Tahun ini, perarakan sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Dataran Putrajaya dan berlangsung dengan penuh meriah.

Perarakan tersebut sarat dengan pelbagai aktiviti dan pertunjukan, bermula daripada pelajar-pelajar sekolah sehinggalah kepada aset-aset ketenteraan negara.

Setiap tahun, antara yang paling dinanti-nantikan tentunya kemunculan Unit K-9 yang menjadi popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Atas permintaan ramai, RTM lebihkan screen time Unit K-9

Walaupun Unit K-9 terdiri daripada anjing-anjing terlatih dan merupakan aset negara, namun sisi semula jadi seekor anjing yang kelihatan comel tetap menarik perhatian masyarakat.

Begitu juga pada edisi kali ini, penampilan unit tersebut yang segak mengenakan kaca mata hitam dan berkasut terus menjadi viral di media sosial.

Ia dapat dilihat menerusi perkongsian TikTok oleh @radiotelevisyenmalaysia yang mana mendapat tontonan tinggi daripada warga maya.

“K9 yang terakhir sibuk nak belok kanan, tak nak pergi jalan terus,” tulis kapsyen video @radiotelevisyenmalaysia.

Selain tampil bergaya berbanding tahun sebelumnya, anjing-anjing tersebut turut diiringi oleh pengendali masing-masing dalam perarakan tersebut.

Unit K-9 curi tumpuan, bergaya tahun ini siap pakai spek

Sebelum ini, video raptai perbarisan sambutan Hari Merdeka dikongsikan dengan ehsan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) atas permintaan orang ramai di media sosial.

Dalam pada itu, netizen turut berasa teruja selepas melihat video pendek sesi raptai Hari Kebangsaan 2024 yang dikongsi di Instagram dan Facebook rasmi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak Rabu.

Video berkenaan turut memaparkan gelagat anjing-anjing Unit K-9 sedang bersantai sebelum memulakan sesi raptai perarakan yang meraih perhatian ramai.

Video tersebut mendapat 20 ribu lebih tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berterima kasih kepada @radiotelevisyenmalaysia kerana menunaikan permintaan bagi memfokuskan perarakan Unit K-9 lebih lama ketika Hari Kebangsaan.

“Comel sangat pakai kasut dan cermin mata,” komen seorang wargamaya.

“Terima kasih RTM. This year you understood the assignment! Puas tengok hero kecil dalam perbarisan tadi dekat tv,” komen lagi seorang wargamaya.

BACA: Wira Insiden Tembakan Balai Polis Ulu Tiram Pimpin Ikrar Rukun Negara, Laungan Merdeka

Sumber: @radiotelevisyenmalaysia via TikTok