Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
marshal shuffle penerbangan
Gambar: TikTok @rtm
Tiada Kategori

Gelagat Marshal TUDM “Shuffle” Ketika Beri Isyarat Penerbangan Curi Perhatian

Iqbal Yasir

Gelagat Marshal TUDM “Shuffle” Ketika Beri Isyarat Penerbangan Curi Perhatian

Sambutan Hari Kemerdekaan 2024 pada tahun ini disambut meriah dengan pelbagai persembahan yang ditunjukkan oleh para kontijen yang terlibat.

Setiap tahun, persembahan yang ditonjolkan adalah berbeza dan antara yang menjadi tumpuan adalah persembahan cuci rasuah dari kontinjen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Kemudian, kelibat ‘oyen’ ketika perarakan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), unit K-9 mengenakan kaca mata hitam serta berkasut dan banyak lagi.

Tidak dilupakan juga, persembahan udara yang ditunjukkan oleh pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), aset ketenteraan negara yang diterbangkan pada jarak rendah khas untuk penonton semasa sambutan itu berlangsung.

Meskipun hanya membuat persembahan di udara namun ia berjaya memukau orang ramai.

Macam-macam gaya dia keluar

Lelaki "Shuffle" jet
Gambar: TikTok @rtm

Pun begitu, sebelum pelepasan penerbangan jet pejuang bersempena persembahan kemerdekaan semalam, marshal TUDM dalam diam mencuri perhatian ramai selepas memaparkan beberapa aksi menarik.

Dalam klip pendek yang dimuat naik oleh akaun TikTok stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), menunjukkan seorang marshal pesawat itu menari tarian popular, shuffle ketika memberikan isyarat pelepasan terhadap jet itu.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat spontan lelaki itu ketika menjalankan tugas.

Gambar: TikTok @rtm

Bahkan, ada juga yang memuji sikapnya yang pandai menghiburkan suasana walaupun ketika bekerja.

Selain itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki di sebalik topeng muka itu.

Berikut antara komen pengguna;

“Steady abang shuffle,” komen seorang pengguna.

“Sempat tengok persembahan shuffle tadi,” seloroh pengguna lain.

Reveal abang shuffle ni siapa boleh,” tulis seorang lagi pengguna.

“Bila seronok dengan kerja, beginilah jadinya,” komen seorang lagi.

Untuk makluman, persembahan udara oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan salah satu tarikan sambutan Kemerdekaan ke-67 tahun ini.

Difahamkan, seramai 17,262 peserta dari 67 kontinjen, 36 pasukan pancaragam, 534 aset Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia serta 100 haiwan dalam perkhidmatan terlibat dalam sambutan kali ini.

Ia telah dilangsungkan di Dataran Putrajaya dengan sambutan Kemerdekaan peringkat kebangsaan bertemakan “Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka”.

Sumber: TikTok @rtm

BACA JUGA: Minta Sunting Gambar Atas Kapal, Netizen Terus Hantar ‘Selamat Berlayar’

BACA JUGA: Siap Rap, Pelajar SJKC Raih Perhatian Berlatih Nyanyian Lagu Patriotik