Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kes Pemerdagangan Orang: Polis Buka Kertas Siasatan Bekas Timbalan Menteri
KUALA NERUS, (Bernama) — Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penglibatan seorang bekas Timbalan Menteri dalam sindiket pemerdagangan orang di Myanmar.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi mengelakkan sebarang spekulasi.
Media sebelum ini melaporkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia telah menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Rabu lepas untuk menyiasat seorang ahli politik bersama suaminya yang didakwa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Saifuddin Nasution turut memaklumkan hasil Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan di Laos yang dihadirinya baru-baru ini.
“Apa yang diperakukan oleh semua negara ialah trend pemerdagangan orang yang semakin meningkat,” katanya.
Beliau berkata hampir semua negara ASEAN memiliki undang-undang bagi mengekang jenayah itu termasuk Malaysia iaitu Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Sumber: BERNAMA