Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lori Dipandu Jatuh Laut, Seorang Mangsa Dikhuatiri Lemas
Lori dipandu terjatuh ke laut, seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam kejadian dekat Pelabuhan Barat pada Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, mengesahkan bahawa mangsa adalah seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun.
“Panggilan berkaitan kejadian diterima pada jam 12.42 tengah hari sebelum empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Indah dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kejadian melibatkan lori dipandu mangsa dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam laut,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang giat dilakukan oleh pasukan bomba bersama unit Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA).
“Selaman dijalankan oleh anggota PPDA di lokasi mangsa di lokasi lori dipercayai terjatuh.
“Operasi mencari dan menyelamat mangsa turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Bomba Pelabuhan Barat, Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia),” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini, mangsa masih belum ditemui.
“Usaha mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan, sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
BACA: Tanah Jerlus: Keluarga Mangsa Buat Upacara Agama Sebelum Pulang Ke India
BACA: Kronologi Insiden Tanah Jerlus Di Masjid India
BACA: Mayat Warga Emas Ditemukan Terapung
Sumber: Sinar Harian