Kes Jenayah ‘Menakutkan’, Siti Khadijah Kongsi Ambil Kelas Mempertahankan Diri
Pelakon wanita, Siti Khadijah Halim menyifatkan kes jenayah di Malaysia yang dilihat semakin meningkat sebagai sesuatu yang amat ‘menakutkan’.
Siti Khadijah menjelaskan, dia sangat terkejut apabila saban hari, kita sering kali mendengar tentang laporan kes individu hilang yang akhirnya ditemui tidak lagi bernyawa.
“Saya terkejut sebab Malaysia tiba-tiba macam ni, kita tak macam ni sebenarnya.
“Sebelum ini kita hidup aman dan harmoni tapi kenapa kita dilanda dengan jenayah yang makin lama makin meningkat. Saya rasa sedih dan kecewa.
“Memang sifat saya untuk jadi protective dan tak suka tengok orang tersakiti. Bila saya nampak isu-isu macam tu kita tak boleh buat apa-apa, rasa macam helpless tapi apa yang saya boleh buat adalah share awareness dengan pengikut saya di media sosial.
“Kalau korang nampak sesuatu yang mencurigakan pastikan korang cuba tolong. Kalau saya, saya lagi rela penjahat itu sakit dari apa-apa buruk terjadi kepada mangsa,” ujar pelakon yang popular dengan drama Aish dan Ash itu.
Siti Khadijah ‘join’ Judo, Muay Thai
Sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan sekeliling, Siti Khadijah turut berkongsi bahawa dirinya kini sedang mengambil kelas mempertahankan diri.
“Sejujurnya saya memang takut, sekuat mana pun saya, saya tetap perempuan dan tak boleh lawan kudrat lelaki.
“Sebenarnya kalau nak tahu saya memang selesa berjalan seorang diri, saya sukakan kebebasan.
“Tapi sejak kes ini berlaku saya tak keluar seorang diri, saya akan pastikan saya bawa seorang teman. Saya juga ingatkan keluarga saya untuk tidak buat aktiviti seorang diri.
“Sekarang bukan perempuan saja tak selamat, lelaki pun sama. Macam saya sekarang sebagai langkah berjaga-jaga saya ambil kelas mempertahankan diri. Saya ambil Judo dan Muay Thai.
“Walaupun saya tahu saya tak akan mampu lawan kudrat lelaki, tapi sekurang-kurangnya saya ada asas untuk melawan,” katanya seperti dilapor Astro Gempak.
Siti Khadijah berkata demikian ketika ditemui Astro Gempak dalam penggambaran drama terbaharu, Rahsiamu Selamat Denganku.
Selain Siti Khadijah, drama tersebut itu turut dibintangi oleh Alvin Chong, Fadhlan Hazim, Adriana Adnan, Haziq Dean dan Azri Safix.
BACA: Penembak Wanita Korea Selatan, Kim Ye Ji Wajah Baru Louis Vuitton Dalam Majalah W
BACA: 12 Buah Bilik Darjah Kabin Diserahkan Kepada SK Cyberjaya, KPM Proaktif Tangani Isu Sekolah Padat
BACA: Jalur Gemilang Hiasi Burj Khalifa, Central World
Sumber: Astro Gempak