Siakap Keli
kim ye ji louis vuitton
Sumber: Astro Awani

Penembak Wanita Korea Selatan, Kim Ye Ji Wajah Baru Louis Vuitton Dalam Majalah W

Penembak Wanita Korea Selatan, Kim Ye Ji Wajah Baru Louis Vuitton Dalam Majalah W

Bagaikan seorang supermodel ternama, begitulah penampilan penembak wanita Korea Selatan, Kim Ye Ji, yang baru-baru ini memperagakan fesyen jenama mewah Louis Vuitton dalam Majalah W.

Aksi dan gaya yang bersahaja namun memukau ketika bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024, menjadikan sosok wanita ini telah menarik perhatian ramai warga maya.

Menampilkan sisi berbeza yang jarang dilihat, penampilan Ye Ji dalam dunia peragaan langsung tidak menunjukkan bahawa dia baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang tersebut.

Berkongsi pengalamannya sejurus menerima tawaran bagi penggambaran itu, Ye Ji mengakui dia terkejut dan tertanya-tanya mengapa dia yang terpilih.

“Kenapa saya? Ada ramai lagi yang menang emas, tapi kenapa hubungi saya. Kenapa Elon Musk (jutawan teknologi) sebut nama saya? Saya indvidu yang sama sejak mula menembak di sekolah menengah,” katanya.

BACA: Tanda Mendapan Tanah Dikesan, Jalan Bandar Rawang 2 Ditutup Sementara

Ye Ji mula menjadi tular selepas memenangi pingat perak dalam acara menembak 10 meter wanita di Sukan Olimpik Paris baru-baru ini.

Dia juga tersenarai dalam Top 10 Stars to Watch oleh penyiar Amerika Syarikat (AS) NBC.

Malah, Musk turut memuji penampilan Ye Ji di platform X dengan membalas hantaran yang memaparkan penampilan penembak itu di Piala Dunia Persekutuan Sukan Menembak Antarabangsa (ISSF) yang diadakan pada Mei di Baku, Azerbaijan.

“Dia patut membintangi filem aksi, Tidak perlu berlakon!,” kata Musk.

Apabila ditanya mengenai keputusannya bagi penggambaran itu, Ye Ji berkata, tujuan utamanya adalah untuk mempromosikan dirinya dan sukan menembak yang diceburinya.

“Bintang Olimpik diberi perhatian dan diingati orang ramai untuk tempoh yang singkat dari yang disangka. Justeru, saya yakin dengan kemunculan di media, lebih ramai yang akan mengenali sukan menembak,” ujarnya.

Penembak itu juga baru-baru ini menandatangani kontrak dengan agensi Plfil pada 19 Ogos untuk menyokong aktiviti promosi syarikat tersebut.

BACA: Warga Emas Hilang Selepas Perahu Dilanggar Bot Laju

BACA: 50 Warga Kemboja Peluk Islam Dipimpin Dr Zul

Sumber: Astro Awani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.