Siakap Keli
Perlawanan Persahabatan
Kredit: Sinar Harian

‘Bersemuka’ Atas Padang, MB Kedah 8-5 MB Selangor

‘Bersemuka’ Atas Padang, MB Kedah 8 – 5 MB Selangor

Pasukan pilihan Menteri Besar Kedah berjaya mencatatkan kemenangan bergaya ke atas pilihan Menteri Besar Selangor dengan keputusan 8-5 dalam aksi persahabatan bola sepak.

Perlawanan Persahabatan yang mempertemukan kedua-dua pasukan itu berlangsung di Pusat Latihan Selangor FA, hari ini.

Menurut Sinar Harian, kedua-dua pasukan turun dengak corak permainan yang agresif dalam misi mencari gol untuk pasukan masing-masing.

Lebih manis, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selaku Menteri Besar Kedah turut menjaringkan gol pada separuh masa pertama buat pasukannya.

Malah, beliau turut menyifatkan perlawanan yang diadakan hari ini merupakan langkah politik yang matang walaupun kedua-dua pihak berlainan parti.

Baginya, aktiviti sukan mampu menyatukan pelbagai pihak tanpa mengira latar belakang.

Pasukan pilihan MB Kedah & MB Selangor ‘bersemuka’ atas padang bola

“Alhamdulillah terima kasih kepada kedua-dua kumpulan terutama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang telah menyediakan tempat perlawanan.

“Untuk hubungan negeri-negeri ini langkah yang baik saya harap di negeri lain pun boleh lawan bola.

“Ini cara santai kerana selama 67 tahun kita merdeka, sepatutnya lebih matang untuk saling bertukar-tukar pandangan. Saya jemput pasukan Selangor untuk datang ke Kedah,” jelasnya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Selangor menyantuni kerajaan negeri Kedah dalam lawatan rasmi

Sementara, Amirudin pula berkata perbezaan parti politik bukan satu halangan untuk kedua-dua pihak beramah-mesra.

Malah, perlawanan persahabatan yang diadakan juga sebagai cara menyantuni kerajaan negeri Kedah yang mengadakan lawatan rasmi ke Selangor.

Tambahnya, kedua-dua pihak juga memerlukan ruang untuk ‘bertenang’ bagi membuat dasar dan polisi selepas mengharungi Pilihan Raya Negeri (PRN).

MB Selangor mahu lawatan yang santai dan mesra

“Kebetulan ada lawatan rasmi daripada kerajaan negeri Kedah kita adakan acara santai ini. Kalau semua formal tak menjadi. Lebih santai dan mesra. Kita anjurkan untuk penonton dan tetamu yang datang dari utara.

“Dari segi pentadbiran kita tidak ada masalah. Cuma selepas keadaan pilihan raya jadi ketenangan itu perlu diredakan supaya masing-masing ada ruang untuk melaksanakan dasar atau polisi.

“Perbezaan boleh tetapi kita masih lagi rakyat Malaysia kita ada tanggungjawab bersama,” ujar Amirudin lagi.

BACA: Halang Gunung Fuji, Pemaju Akur Roboh Bangunan Kondo 10 Tingkat

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.