Siakap Keli

e.MAS 7 Tambat Hati Orang Ramai Dalam Penampilan Pertamanya di Perarakan Merdeka

SUBANG JAYA, 2, September 2024 – PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, memperkenalkan model e.MAS 7 dalam sebuah kontingen khas yang terdiri daripada 25 buah kereta, menampilkan pelbagai model PROTON terkini dan yang bersejarah. Proton e.MAS 7 dipamerkan dalam corak pelekat pembalut kereta khas yang mewakili warna pada Jalur Gemilang.

Sambutan Hari Kemerdekaan

Penampilan awam pertama Proton e.MAS 7 disambut dengan penuh keterujaan dan sorakan daripada ribuan penonton yang menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 yang diadakan di Putrajaya. Perjalanan Proton e.MAS 7 bermula apabila model EV pertama jenama ini telah dipratontonkan kepada media 2 Ogos lalu, menandakan sebuah permulaan perjalanan yang akan berakhir dengan pelancaran rasmi model Proton e.MAS 7 pada akhir tahun ini.

“Saya amat berbangga dengan penampilan Proton e.MAS 7 di Perarakan Hari Kemerdekaan ini, di mana ia benar-benar memikat hati dan perhatian orang ramai. Respons bersemangat daripada penonton menunjukkan sokongan jitu terhadap visi kami untuk mobiliti dan inovasi yang lestari. Melihat e.MAS 7 beraksi merupakan satu detik kebanggaan kepada negara, menunjukkan komitmen kami dalam membina masa depan yang lebih hijau untuk Malaysia. Penampilan ini bukan sahaja menunjukkan dedikasi kami terhadap kecemerlangan inovasi tetapi juga mengukuhkan hubungan antara jenama kami dengan rakyat Malaysia serta  menjadikannya satu pencapaian yang tidak dapat dilupakan sepanjang perjalanan kami menuju masa depan yang lebih lestari,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.

Proton e.MAS Menambat Hati Rakyat Malaysia

Semasa perarakan berlangsung, Proton e.MAS mengajak orang ramai untuk menyertai kempen Merdeka yang sangat interaktif bertajuk “Your Proton e.MAS 7 Dream” untuk berkongsi pengalaman, inspirasi dan visi mereka demi masa depan yang lestari. Respon yang menggalakan dari rakyat malaysia menunjukkan keterujaan dan kegembiraan mereka terhadap Proton EV yang baharu.

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67 ini, Proton e.MAS mengadakan Kempen Kemerdekaan yang menawarkan peluang untuk memenangi kredit e-Wallet TnG sebanyak RM67 kepada 15 peserta untuk komen paling kreatif di laman Facebook atau Instagram Proton e.MAS. Pertandingan ini berlangsung dari 31 Ogos hingga 16 September 2024, dan para pemenang akan diumumkan pada 4 Oktober 2024 melalui media sosial Proton e.MAS. Untuk menyertai kempen ini, ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Ikuti halaman rasmi kami “Proton e.MAS Cars” di Facebook atau “@protonemasofficial” di Instagram dan tekan butang like pada pos “Your Proton e.MAS 7 Dream”!

Langkah 2: Komen dengan cara yang paling kreatif dan memberi inspirasi untuk melengkapkan ayat: “Proton e.MAS 7, kenderaan elektrik nasional pertama adalah ___.”

Langkah 3: Tag 3 rakan anda dan kongsi pos ini serta jangan lupa letak slogan #eMAS7Merdeka

Saksikan sorotan video Perarakan Kemerdekaan di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Media Sosial Merdeka “Your Proton e.MAS 7 Dream”, sila baca Terma & Syarat di sini.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.