Siakap Keli

Meriah Sambut Merdeka Tengok Pasukan Beruniform, Tapi Jangan Lupa ‘Hero Tak Didendang’ Yang Satu Ini

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini disambut meriah dengan pelbagai persembahan daripada berbagai kontinjen kerajaan yang mempamerkan semangat patriotik, perjuangan dan kecintaan terhadap negara.

Selepas beberapa bulan berlatih bagi memastikan persembahan tersergam rapi, sambutan pada kali ini sekali lagi berjaya memikat hati rakyat ekoran beberapa aksi dan gelagat yang ditampilkan menonjolkan kelainan. Pertunjukkan itu sekaligus membantu ramai pengunjung terutamanya di Putrajaya menzahirkan kecintaan dan semangat juang yang tinggi selain jiwa merdeka yang berkobar-kobar.

Apabila bercakap mengenai negara, banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia berada dalam keadaan tenang dan aman. Dalam setahun hanya sekali sahaja sambutan kemerdekaan ini disambut dan sudah tentunya ia menjadi detik bersejarah buat Malaysia.

Pasukan keselamatan sememangnya patut dihargai kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja meskipun terpaksa merisikokan nyawa dan keselamatan mereka untuk menjaga rakyat, negara dan kedaulatan undang-undang. Perihal peribadi ditolak tepi, apa yang penting negara berada dalam keadaan selamat.

Pun begitu, di sebalik pasukan keselamatan ini, ada juga ‘hero yang tak didendang’ yang turut menyumbang pelbagai bakti memastikan keperluan rakyat Malaysia mencukupi dengan kualiti yang terbaik. Banyak jasa yang dicurahkan demi memastikan kehidupan terjamin dan terjaga pada masa hadapan.

Siapa pula ‘hero’ ni?

Hero yang dimaksudkan di sini adalah kumpulan yang menjadi ‘peneroka’ dalam pelbagai bidang yang diceburi, sama ada pada waktu sekarang atau pun yang telah berlalu. Konteksnya di sini, kumpulan itu atau dikatakan sebagai hero boleh jadi ‘diri korang sendiri’ yang pasti telah meneroka bidang yang diceburi.

Pernah dengar tak ayat, perjalanan hidup adalah berbeza-beza dan diri sendiri mempunyai hak untuk meneroka cara dan bagaimana yang dimahukan supaya hidup lebih senang? Atau dalam bahasa mudahnya, kita diberi jalan untuk terokai dan mencorakkan kehidupan yang diidamkan.

Ada juga pepatah yang mengatakan, ‘dalam hidup kita kena tahu bukan berapa lama kita hidup, tetapi yang penting bagaimana kita menjalani kehidupan ini’. Kehidupan itu bergantung kepada cara masing-masing dan yang pasti kita bertanggungjawab ke atas hidup kita sendiri.

“Setiap hari, kita meneroka jalan yang berbeza untuk menjamin kehidupan yang lebih baik bersama-sama. Dengan jiwa yang sentiasa ingin meneroka, kita juga memberikan masa depan lestari yang kita idamkan”

Situasi sebegini lah yang ingin digambarkan melalui satu video kemerdekaan yang diterbitkan oleh FGV Holdings Berhad, yang memfokuskan dan memaparkan beberapa golongan yang meneroka mengikut jalan yang mereka pilih.

Pelbagai golongan dan cara rakyat Malaysia ‘meneroka’ melalui jalan sendiri untuk kemajuan Malaysia, termasuklah keringat dan darah peneroka FELDA  dan pekebun kecill dalam menyumbang kepada industri sawit negara. Walaupun usaha itu memakan masa, namun ia membuahkan hasil yang sangat baik dan positif terhadap ekonomi dan pembangunan Malaysia.

Tanpa mereka jugalah, sawit mungkin tidak akan menjadi penyumbang besar dalam industri pengeksportan Malaysia. Samalah seperti komitmen FGV kepada pembangunan negara, kemajuan ekonomi, kelestarian, keharmonian rakyat, pencapaian serta usaha bersama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah masa depan yang lebih lestari.

Sumbangan itu bukan sahaja membawa keputusan yang positif namun membantu negara meneroka pelbagai bidang yang boleh membantu meningkatkan dan mengharumkan nama Malaysia. Sungguhpun begitu, kita sebenarnya juga seorang ‘hero yang tidak didendang’ melalui jalan yang kita terokai untuk kemajuan diri dan negara.

Sama seperti FGV yang terus meneroka memastikan segala yang diperlukan rakyat Malaysia sentiasa dipenuhi. Jadi, jangan berhenti meneroka demi masa depan.

Layari laman web FGV atau Facebook FGV untuk maklumat lanjut.

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.