Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
teaser minecraft
Kredit: Warner Bros Pictures

Bakal Ditayangkan, “Teaser” Filem Minecraft Dapat Pelbagai Reaksi

Azizah Najib

Bakal Ditayangkan, “Teaser” Filem Minecraft Dapat Pelbagai Reaksi

Dunia dipenuhi petak-petak, Minecraft, telah disahkan bakal menemui para peminat di pawagam seluruh dunia bermula 2 April 2025. Pengumuman tersebut dibuat oleh Warner Bros Pictures menerusi siaran video acah (teaser) filem tersebut pada Rabu.

Biarpun pada asalnya, permainan video tersebut nampak ringkas dan bersegi, namun Warner Bros berjaya menonjolkan sisi comel dunia tersebut. Mereka juga dilihat berjaya menjadikan dunia bersegi itu lebih cantik dan memukau.

Kredit: Warner Bros Pictures
dunia a minecraft movie
Kredit: Warner Bros Pictures

BACA: KRU Studios Umum Bakal Terbit “Duyung: Legenda Aurora”, Sekuel Filem “Duyung”

Namun begitu, penantian peminat Minecraft sejak pembikinan filem ini diumumkan 10 tahun lalu kini bertukar menjadi mimpi ngeri apabila video itu memuntahkan beberapa orang manusia masuk ke dunia animasi tersebut.

Keterujaan para peminat hancur apabila filem ini diterbitkan sebagai filem pengembaraan komedi live action, dan bukannya dalam bentuk animasi sepenuhnya. Para peminat membanjiri ruangan komen di media sosial syarikat tersebut dengan kekecewaan yang dirasai apabila mengetahui genre yang telah dipilih.

A Minecraft Movie seakan Jumanji versi petak

Bukan itu sahaja, peminat juga kecewa apabila filem yang sepatutnya mengikut dunia Minecraft, seakan-akan menjadi kelahiran semula filem Jumanji.

Tidak dapat dinafikan, pendapat tersebut terhasil apabila sinopsis filem yang didedahkan sememangnya satu perjalanan pengembaraan cliche manusia di dunia fantasi. Mungkin juga disebabkan video ini sedikit sahaja dan bukannya satu treler rasmi filem, ia tidak menunjukkan jalan cerita yang mampu mencengkam minat penonton.

BACA: Filem “Cells At Work!” Bakal Ditayangkan Pada Disember 2024

Tambahan pula dengan pemilihan Jack Black sebagai Steve, iaitu watak utama dalam permainan video tersebut. Perkara ini membuatkan peminat semakin meragui penghasilan filem tersebut.

Walaupun pelakon tersebut terkenal dengan berjaya membawa watak-watak kelakar, namun kemunculannya dalam beberapa filem adaptasi permainan video sebelum ini menyumbang kepada keraguan yang timbul.

jack black in a minecraft movie
Kredit: Warner Bros Pictures

Tidak dapat dinafikan, Jack Black yang berbaju biru nampak sesuai dengan rambut dan jambangnya yang menepati ciri-ciri Steve. Tetapi mungkin disebabkan faktor usia, filem ini dapat diramal tidak akan mengandungi babak aksi yang lebih.

Menurut Game Rant, sebelum ini Jack Black pernah menjadi pelakon suara bagi watak Bowser dalam The Super Mario Bros dan Claptrap dalam Borderlands. Kedua-dua filem tersebut gagal untuk memuaskan hati para peminat mereka.

Biarpun video ini mendapat kecaman dari para peminat, mungkin masih ada sinar buat para peminat meletakkan harapan memandangkan filem ini melibatkan ramai pihak yang berpengalaman dalam industri filem.

Filem ini bukan sahaja menerima arahan daripada pengarah yang menerima pencalonan Oscar, Jared Hess. Malah ia turut melibatkan Pengarah Fotografi filem Transformers: Rise of the Beasts, Enrique Chediak. Selain itu, filem ini turut menampilkan wajah yang dikenali ramai sebagai pelakon seperti Jason Momoa dan Emma Myers.

Sama-sama kita nantikan treler rasmi filem ini.

Sumber: Warner Bros Pictures (1) (2),