Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Tiga Hari Nafas Berbau
Kredit: Oddity Central

Tiga Hari Nafas Berbau, Lelaki Terkejut Serangga Ini ‘Tersangkut’ Dalam Saluran Pernafasan

Athirah

Tiga Hari Nafas Berbau, Lelaki Terkejut Serangga Ini ‘Tersangkut’ Dalam Saluran Pernafasan

Seorang lelaki di China berdepan detik ngeri apabila seekor serangga tersangkut dalam saluran pernafasannya selama tiga hari, lapor Oddity Central.

Lelaki berusia 58 tahun dari Haikou, wilayah Hainan, mula berasa tidak selesa dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuhnya.

Kejadian tersebut bermula ketika dia sedang tidur, dan merasakan sesuatu bergerak di dalam hidungnya.

Serangga tersebut kemudian memasuki kerongkongnya, menyebabkan lelaki itu batuk secara berpanjangan.

Meskipun begitu, tiada apa-apa yang keluar dari tekaknya. Oleh itu, dia kembali tidur dan cuba mengabaikan keadaan tersebut.

Keesokan harinya, lelaki itu meneruskan aktivitinya seperti biasa, namun mula menyedari bahawa nafasnya berbau.

Setelah tiga hari berlalu, nafasnya masih berbau dan batuknya berlarutan dengan kahak berwarna kuning.

Akibat keadaan yang semakin memburuk, dia akhirnya memutuskan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Menurut Oddity Central, lelaki tersebut telah berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di Hospital Hainan, tetapi doktor tidak menemui apa-apa yang mencurigakan dalam saluran pernafasannya.

Namun, pakar perubatan pernafasan, Dr. Lin Ling, mencadangkan untuk melakukan imbasan CT (tomografi berkomputer).

Hasil imbasan menunjukkan bayangan yang menyerupai objek asing

Berdasarkan penemuan tersebut, doktor menyarankan prosedur bronkoskopi invasif minimum, yang melibatkan memasukkan alat khas melalui mulut bagi memeriksa saluran pernafasan.

“Semasa prosedur, saya jelas dapat melihat sesuatu dengan sayap dalam saluran pernafasan.

“Objek itu dilitupi kahak yang banyak. Setelah menyedut kahak di sekelilingnya, objek itu terdedah. Ia adalah seekor lipas,” jelas Dr. Lin.

Selepas lipas tersebut berjaya dikeluarkan dari trakea, doktor membersihkan kawasan tersebut beberapa kali untuk menghilangkan kahak yang tersisa.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang pada keesokan harinya.

BACA: Peniaga Sayur Ditahan Toreh Leher Seorang Lelaki Kerana Isu Parkir

BACA: Tengku Hassanal Arah Siasatan Tegas, Adil Kes Kerabat Diraja Didakwa Serang Lelaki

BACA: Suami Isteri Didakwa Cuai Sebabkan Anak Dua Tahun Positif Dadah

Sumber: Oddity Central