Siakap Keli
Hamidin bergelar tan sri
Kredit: RTM

Dikurnia Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota, Hamidin Kini Bergelar Tan Sri

Dikurnia Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota, Hamidin Kini Bergelar Tan Sri

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri, sebentar tadi.

Menerusi siaran langsung RTM di Facebook, pengurniaan gelaran itu telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, daripada 2,335 nama yang dicalonkan, hanya 116 individu dipilih untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Seramai 116 penerima dikurniakan gelaran Tan Sri

Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata jumlah itu kurang 86 peratus, berbanding 839 penerima pada istiadat sama tahun lepas.

Menurut Bernama, pada istiadat yang diadakan hari ini, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mendahului senarai 116 penerima apabila dikurniakan darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran Tan Sri.

Daripada 116 penerima, seramai 108 hadir pada istiadat hari ini iaitu tiga penerima P.M.N, enam penerima Panglima Setia Mahkota yang turut membawa gelaran “Tan Sri”, Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran “Datuk” (lima) dan Panglima Setia Diraja yang turut membawa gelaran “Datuk” (satu).

Tiga individu pula menerima Johan Mangku Negara, Johan Setia Diraja (empat), Kesatria Mangku Negara (12), Kesatria Setia Diraja (dua), Ahli Mangku Negara (24), Pingat Pangkuan Negara (38), Bentara Setia Diraja (sembilan) dan Jasa Perkasa Persekutuan satu penerima.

Turut berangkat ke istiadat yang berlangsung di Balairung Seri itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

BACA: Agong Beri Amaran Tarik Balik Darjah Penerima Yang Cemar Nama Negara

Sumber: RTM via Facebook, Bernama

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.