Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pengalihan dns mcmc
Kredit: BERNAMA

MCMC Tangani Maklumat Salah Mengenai Pengalihan DNS, Sekatan Akses Internet

Azizah Najib

MCMC Tangani Maklumat Salah Mengenai Pengalihan DNS, Sekatan Akses Internet

KUALA LUMPUR (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengarahkan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk mengalihkan trafik perkhidmatan nama domain (DNS) yang menggunakan pelayan DNS pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri.

MCMC dalam kenyataan semalam memaklumkan hal itu bagi memastikan pengguna terus memperoleh faedah daripada perlindungan disediakan oleh penyedia DNS ISP tempatan dan supaya laman web yang berniat jahat tidak dapat diakses kepada rakyat Malaysia.

Sebagai komitmen untuk melindungi keselamatan pengguna Internet, MCMC telah menyekat sejumlah 24,277 laman web antara 2018 hingga 1 Ogos, terdiri daripada pelbagai kategori, iaitu judi dalam talian sebanyak 39 peratus, kandungan pornografi/lucah (31 peratus), pelanggaran hak cipta (14 peratus), laman web lain yang berbahaya (12 peratus) seperti penjualan produk tidak berdaftar, hasutan dan jenayah fitnah selain pelacuran (dua peratus) dan pelaburan menyalahi undang-undang/penipuan (dua peratus).

BACA: Pemandu Bas Sekolah Muat Naik Video Kanak-Kanak Ditahan

MCMC dalam kenyataan itu turut menafikan dakwaan bahawa langkah yang diambil itu merupakan langkah yang zalim.

“Kami ulangi bahawa pelaksanaan oleh Malaysia adalah untuk melindungi kumpulan yang terdedah daripada kandungan dalam talian yang berbahaya. Sistem DNS boleh melindungi pengguna dengan menyekat akses kepada laman web yang diketahui mengedar perisian hasad, pancingan data dan aktiviti berniat jahat lain, serta menapis kandungan yang tidak sesuai seperti bahan berunsur lucah dan laman web ganas,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC sebahagian pengguna memilih untuk menggunakan pelayan DNS pihak ketiga seperti Google DNS atau Cloudflare, yang dikatakan menawarkan pelbagai faedah seperti kelajuan lebih pantas dan berciri privasi lebih tinggi, namun pelayan DNS itu berkemungkinan tidak mempunyai tahap perlindungan yang sama untuk kandungan berbahaya terutamanya dalam konteks tempatan, berbanding pelayan DNS ISP tempatan.

BACA: Isu Buli Siber Dibentang Dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat Depan

DNS merupakan sistem yang direka bentuk untuk menukar alamat laman web kepada alamat IP berangka untuk mencari laman web di Internet, manakala ISP biasanya mengendalikan pelayan DNS mereka sendiri, yang boleh dikonfigurasikan untuk menyekat akses ke laman web atau domain tertentu berdasarkan kandungannya iaitu suatu kaedah yang biasa digunakan untuk melindungi pengguna daripada kandungan berbahaya.

Menurut MCMC antara dakwaan tidak tepat ialah pelaksanaan itu merupakan larangan menyeluruh (blanket ban) dan laman web yang sah akan tidak boleh diakses kerana pengalihan DNS itu.

“Laman web hanya disekat apabila didapati mempunyai kandungan berniat jahat seperti pelanggaran hak cipta, perjudian dalam talian atau pornografi. Laman web yang sah akan boleh diakses seperti biasa dan pengalihan DNS memastikan kandungan berbahaya ditapis manakala laman yang selamat boleh diakses tanpa gangguan ketara,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, MCMC menggalakkan pengguna melaporkan sebarang kesulitan dalam mengakses laman web yang sah terus kepada ISP masing-masing, supaya isu itu dapat ditangani segera memandangkan tiada aduan berkaitan diterima setakat ini.

BACA: Waspada Panggilan Individu Menyamar Sebagai Pegawai MCMC

Selain itu, mana-mana laman web yang merasakan mereka menjadi mangsa atau terjejas, boleh memfailkan rayuan menerusi saluran ditetapkan, menurut kenyataan itu.

Tribunal Rayuan, yang ditubuhkan oleh MCMC dan dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, beroperasi secara bebas untuk memastikan semakan yang adil dan saksama bagi setiap kes.

“MCMC kekal komited untuk mengekalkan persekitaran dalam talian yang selamat dan terjamin di Malaysia, mengimbangi perlindungan pengguna Internet dengan keperluan untuk akses yang lancar kepada kandungan dalam talian yang sah,” katanya.

Sebelum ini, telah diumumkan bahawa MCMC akan memperkenalkan rangka kerja kawal selia baharu untuk penggunaan Internet yang selamat oleh kanak-kanak dan keluarga pada 1 Ogos, dengan pelaksanaan ditetapkan pada 1 Januari 2025.

Di bawah rangka kerja baharu itu, media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet dengan sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia dikehendaki memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Sumber: BERNAMA